
KUMPULAN GEELY JUAL LAGI BANYAK KERETA PADA 2021! PROTON SAMA NAIK!
Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) pada 14 Januari mengumumkan jualan agregat kesemua jenama automotifnya meningkat sebanyak lima peratus kepada lebih 2.2 juta unit pada tahun 2021.
Angka itu adalah rekod baharu untuk Geely Holding dengan jualan agregat lebih daripada dua juta unit selama empat tahun berturut-turut!
Jenama di bawah dan berkaitan Geely Holding adalah Geely Auto, Geometry, LYNK & CO, Zeekr, Volvo Cars, PROTON, Lotus, LEVC, dan Farizon Commercial Vehicle.
Di dalam pasaran yang terganggu akibat pembekalan terhad di serata dunia, portfolio Geely Auto masih menunjukkan pertumbuhan yang berdaya tahan.
Pertumbuhan Kumpulan disumbang oleh perkembangan pesat di pasaran global dan jualan kenderaan elektrifikasi.
Jualan kenderaan penumpang dan komersial jenis elektrifikasi dan bahan bakar alternatif mencatatkan perkembangan lebih daripada 70 peratus kepada lebih 330,000 unit dan mewakili lebih 15 peratus jualan agregat Kumpulan.
Selain itu, Kumpulan Teknologi Geely juga telah menyiapkan sekitar 100 stesen penukaran bateri di China dengan tempoh penukaran bateri kurang daripada seminit!
Menjelang tahun 2025, sekurang-kurangnya 5,000 stesen penukaran bateri akan disiapkan di 100 buah bandar di China.
Berikut adalah perkembangan dan prestasi jualan Kumpulan pada tahun 2021:
Geely Auto (Lynk & Co, Geometry dan Zeekr)
- Jualan sebanyak 1,328,029 unit atau peningkatan sekitar satu peratus berbanding tahun 2020.
- Geely Auto mengekalkan kedudukannya sebagai jenama China terlaris untuk tahun kelima berturut-turut.
- Eksport ke pasaran luar meningkat 58 peratus kepada 115,008 unit.
- Jualan kenderaan segmen tenaga baharu (BEV, PHEV, HEV) meningkat 47 peratus kepada 100,126 unit.
- Lynk & Co yang merupakan jenama premium Geely Auto kini berusia lima tahun. Jualan meningkat 26 peratus kepada 220,516 unit dengan jualan kumulatif lebih daripada 600,000 unit.
- Selepas beberapa negara Eropah, Lynk & Co akan memasuki pasaran Timur Tengah dan Asia Pasifik.
- Syarikat kenderaan elektrik Geometry memperkenalkan EV mampu milik EX3 pada tahun 2021 dengan harga di bawah 60,000 RMB (RM39,627).
- Geometry turut memasuki pasaran Eropah dan akan melancarkan lima model baharu pada tahun 2022.
- Jumlah pesanan EV Geometry pada November dan Disember 2021 melebihi 10,000 unit.
- Jenama mobiliti elektrik global Geely iaitu Zeekr dilancar pada tahun 2021 dengan model pertama Zeekr 001. Sehingga hujung tahun 2021 sebanyak 6,007 Zeekr 001 telah diserahkan kepada pelanggan.
- Jualan tahun 2021 meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada 114,708 unit dan mencatatkan pertumbuhan positif selama tiga tahun berturut-turut.
- Di kedudukan kedua dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 22.7 peratus.
- SUV adalah kenderaan paling laris dengan jualan sebanyak 45,149 unit atau 40 peratus daripada keseluruhan.
- Saga model paling laris dengan jualan sebanyak 42,627 unit diikuti X50 sebanyak 28,774 unit dan 16,375 unit X70.
- Jualan eksport meningkat 100 peratus kepada 3,108 unit.
Lotus Cars
- Jualan 2021 meningkat 24 peratus kepada 1,710 unit dan prestasi terbaik dalam tempoh sedekad.
- Lotus memperkenalkan Emira, model dengan ICE terakhir syarikat.
- Bakal memperkenalkan siri kenderaan elektrik pada tahun 2022.
Volvo Cars
- Jualan meningkat lima peratus kepada lebih 698,693 unit.
- Pertumbuhan jualan didorong oleh model Recharge dengan peningkatan 63.9 peratus.
- Syarikat mahu menjadi pengeluar EV penuh menjelang tahun 2030.
Polestar
- Berjaya capai sasaran jualan sebanyak 29,000 unit, peningkatan sebanyak 185 peratus!
- Menjelang tahun 2025, syarikat mahu meningkatkan jualan kepada 290,000 unit.
- SUV pertama Polestar 3 akan dikeluarkan di Amerika Syarikat.
- Polestar kini berada di 19 pasaran atau hampir sekali ganda di peringkat global.
- Pada tahun 2022, Polestar akan memasuki pasaran Hong Kong, Sepanyol, Portugal, Ireland, UAE dan Kuwait.
Farizon
- Lebih daripada 42,000 unit atau peningkatan lebih 759 peratus!
- Menjadi peneraju segmen lori ringan tenaga baharu dan lori berat dengan pegangan sebanyak 20 peratus dan 10 peratus.
LEVC
- London Taxi mempunyai rangkaian pengedar di 21 pasaran dunia seperti China, Sepanyol, Sweden, Jerman dan Belgium.
- Mahu meningkatkan pasaran eksport menjelang tahun 2024.
Sasaran tahun 2022
Jualan agregat Geely Holding dijangka melebihi 2.5 juta unit didorong oleh pertumbuhan kukuh jualan kenderaan elektrifikasi dan kehadiran di pasaran baharu.
Sasaran jualan Kumpulan Automotif Geely adalah sebanyak 1.65 juta unit atau peningkatan 24 peratus, Zeekr sebanyak 70,000 unit Zeekr 001 manakala Polestar mensasarkan 65,000 unit kenderaan atau hampir 125 peratus peningkatan.
BACA: GEELY DAN RENAULT SAH JALIN KERJASAMA! APA MAKNANYA?
BACA: PROTON X50, SAMA TAPI TAK SERUPA GEELY BINYUE!
BACA: KALAU GEELY BINRUI MASUK, NAK GANTI PREVE ATAU PERSONA?