Artikel PilihanBuletin

MARI BELAJAR DRIFTING DENGAN MAT GILA (MAD MIKE)

Kata orang, sukan drift adalah perlumbaan bermusim. Sekejap sahaja dan lama-kelamaan akan tenggelam dan mati sepertimana perlumbaan lain. Tengok sahaja di Malaysia, lima tahun lepas D1GP di adakan di sini sampaikan Tg Djan jadi ikon berlumba sampai Amerika. Tapi lepas beberapa tahun terus sendu, senyap sepi dan sunyi. Kalau ada acara drift pun, sambutannya tak semeriah dulu.

Tapi di sesetengah negara, drift tidak pernah padam. Jepun misalnya, mereka letak drift sebagai budaya. Drift jauh lebih popular berbanding perlumbaan litar atau pecutan drag (drag race memang nak mati dah di Jepun)

Satu lagi benua yang masih mengagumi drifting ialah Australia dan New Zealand. Mereka juga melahirkan ramai pelumba terbaik dan salah seorang darinya ialah jejaka kacak kelahiran New Zealand – Mad Mike. Nama penuh beliau ialah Mohd Zakie Ariffin.

OK Tipu.

Nama penuhnya ialah Michael Whiddett dan beliau merupakan pelumba tajaan Redbull yang telah menempa banyak kejayaan drfiting di serata dunia. Di bawah ini adalah slot sesi pembelajaran drift secara asas. Kalau kau minat drifting, boleh tak tonton.

Berbeza dengan Daigo Saito yang menggunakan kereta-kereta power, Mike masih lagi dengan kereta sekolah lamanya, RX-7 Efini 537 kausa kuda.

Beliau memberi tunjuk ajar kepada hos televisyen yang memandu RX-8.

Tapi nampak macam bini Abang Japar pun lagi terer drift dengan Kelisa Cuore TR bumper fibre.

 
Google ads
Back to top button