Buletin

TAHUKAH ANDA FORD RANGER MERUPAKAN KENDERAAN TERLARIS DI AUSTRALIA??

Ya. Mungkin pelik bila dengar trak pikap dijual lebih banyak berbanding kereta. Tapi inilah realiti di Australia, sebuah negara yang menggemari Utes (trak utiliti) melebihi kenderaan lain. Kalu tidak, takkanlah Proton Jumbuck (Arena) boleh laku di sana satu masa dahulu.

Seperkara yang pasti, Ford Ranger generasi terbaru T6 memang berjaya mengubah lanskap tradisi pembuat pikap. Kesemua teknologi kereta dimasukkan ke dalam sebuah trak pikap moden dan sewaktu diperkenalkan, Ranger menang dari segala segi berbanding pembuat pikap lain.

Ia juga berjaya menarik ramai pembeli kereta dan SUV beralih kepada pikap kerana fungsi dan spesifikasi (dan juga harganya).

BACA: FORD WILDTRAK EDISI TERHAF SERBA HITAM

Walaupun Ford berasal dari Amerika, Ranger ini sebenarnya dibina berdasarkan keperluan pasaran Australia. Penyelidikan dan pembangunannya dilakukan di sana dan kalau anda nak tahu, Ranger juga bejaya memintas jualan Hilux di Australia yang menjadi raja 4X4 (bersama Land Cruiser) sejak beberapa dekad yang lalu.

Bulan lalu, buat pertama kalinya Fprd Ranger memintas jualan Hilux dengan 3769 unit Ranger berbanding 2907 unit Hilux. Angka ini empat kaliganda lebih tinggi berbanding jualan Colorado (di Australia ia dijual di bawah lencana Holden). Sementara itu pikap yang lebih murah iaitu Mitsubishi Triton hanya jual separuh daripada Ranger.

Bagi memahami konteks penguasaan pasaran Ranger di Australia – ia menyumbang 54 peratus jualan keseluruhan kenderaan Ford secara keseluruhan untuk tahun ini.

PIKAP DAHULUI PASARAN

Dari segi jumlah keseluruhan industri pula (TIV), trak pikap masih lagi pilihan majoriti pembeli Australia. Ford Ranger dan Toyota Hilux ialah kenderaan paling popular dengan keseluruhan jualan 28,665 unit mencakupi 17.3 peratus pasaran. Ia lebih popular berbanding Toyota Corolla, lebih laris dari kereta-kereta kecil dan SUV saiz sederhana.

Adakah model Ranger ni dilanyak? model asas?

Tidak juga, menurut Ford, jualan paling tinggi disumbangkan oleh model paling premium iaitu Wildtrak. Di Australia, harga sebuah Wildtrak ialah kira-kira AUD60,000. Dekat-dekat RM200K kau!

Dan kerana sambutan ini juga, Ford Australia akan memperkenalkan Ranger Raptor pada tahun hadapan.

Ford Ranger Raptor yang akan dilancarkan di Austraklila tahun hadapan

 

Google ads
Back to top button