Buletin

MARI PANDU UJI KERETA TOYOTA DI MALAYSIA AUTSHOW, MAEPS MINGGU INI

UMW Toyota Motor (UMWT) sekali lagi mengambil bahagian di dalam Malaysia Autoshow 2018 yang sedang berlangsung pada hujung minggu ini, dari 26 hingga 29 April, bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor.

Ruang pameran Toyota terletak di Dewan A, dan akan mempamerkan model-model kenderaan Toyota yang terkini. Pengunjung turut berpeluang untuk mengalami sendiri keupayaan pemanduan off-road Toyota Hilux dan Fortuner di lokasi terbuka yang telah disediakan.

“Toyota telah menjadi peserta tetap bagi pameran Malaysia Autoshow sejak ia diperkenalkan pada 2010. Oleh kerana pameran ini memberi tumpuan kepada jualan kenderaan, kami menggunakan peluang ini untuk menunjukkan kemampuan model-model terbaru dan menjemput semua pengunjung untuk memandu ujinya di sekitar MAEPS. Dari pengalaman itu, kami berharap mereka akan dapat melihat penawaran yang diberikan oleh barisan produk Toyota dengan lebih jelas,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Daya penarik utama di ruang pameran Toyota tentunya model C-HR, sebuah SUV crossover kompak yang baru saja dilancarkan awal tahun ini untu kpasaran Malaysia. C-HR telah berjaya menarik banyak perhatian dengan penampilan rekabentuk uniknya. Pengunjung boleh mendekati model ini untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut tentangnya ketika pameran ini berlangsung.

Turut dipamerkan ialah model-model terkini seperti Toyota Hilux L-Edition, Vios, Sienta, Innova X dan Avanza X.

Sesi pandu uji bagi model-model berkenaan di dalam kawasan MAEPS yang cukup luas turut disediakan berdasarkan permintaan. Ini membolehkan pengunjung untuk mencuba sendiri prestasi, keselesaan serta keseronokan pemanduan yang ditawarkan oleh model-model kenderaan keluaran Toyota.

Pengunjung juga akan didedahkan dengan pelbagai perkhidmatan jualan dan lepas jualan yang ditawarkan oleh UMWT dan pengedar sahnya di seluruh negara. Ini termasuklah skim pembiayaan yang menarik seperti pelan Toyota 2-Tier yang menawarkan ansuran rendah bagi tempoh awal pinjaman jual-beli kenderaan.

Di ruang pameran terbuka di luar dewan pula (pengangkutan perantara disediakan), turut disediakan ialah peluang untuk mengalami kemampuan jentera pacuan 4×4 Fortuner dan juga Hilux di laluan off-road.

Kedua-dua model ini telah terbukti ketahanannya dan boleh diharap, baik sebagai kenderaan persendirian mahupun untuk tujuan perniagaan.

Untuk menunjukkan kemampuan mendaki dan sistem bantuan pemandu yang menjadikan pemanduan off-road lebihselamat, pengunjung boleh memandu kenderaan terbabit ketika mendak dan menuruni laluan rampcuram. Selain itu, ciri bantuan mula mendaki (HSC) serta bantuan kawalan menuruni bukit (DAC) akan menjadikan pemanduan lebih selamat.

Hilux telah menyambut ulangtahunnya yang ke-50 tahuni ni di sebahagian negara, dengan namanya juga kerap dirujuk sebagai pengenalan ganti kepada trak pikap, menunjukkan betapa lagendanya model berkenaan. Pengunjung akan dapat melihat dan mempelajari bagaimana Hilux boleh sampai ketahap itu melalui aktiviti laluan mencabar, berlumpur yang disediakan khas.

Dengan sistem 4×4 yang lasak, dibantu juga oleh ciri seperti kawalan cengkaman aktif (ATC) dan kawalan kestabilan kenderaan (VSC), Hilux mampu mengatasi pelbagai laluan yang mencabar.

Sepanjang empat hari acara ini berlangsung, terdapat banyak lagi aktiviti yang menanti pengunjung di ruang pameran Toyota. Tidak lupa juga peluang untuk memenangi hadiah cenderahati dan barangan lain dari Toyota.

Google ads
Back to top button