Buletin

VOLKSWAGEN GOLF R-LINE – RM166,990 SEUNIT

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini memperkenalkan Golf R-Line baharu pada acara Malaysia Autoshow 2018. Ini sekali gus melengkapkan lagi rangkaian model Golf di Malaysia. 

Sesuai untuk pemandu urban, Golf R-Line ditawarkan pada harga RM166,990 seunit. Memiliki rupa bentuk yang cukup dikenali, kereta tersebut hadir bersama pakej gayaan ‘R-Line.

Ini merangkumi bampar hadapan dan balakang ‘R-Line’, spoiler belakang, lencana ‘R-Line’ pada gril radiator dan panel sisi serta rim aloi ‘Singapore’ bersaiz 17 inci.

“Sejak melancarkan model keluarga Golf, kami telah menerima maklum balas yang sangat positif terhadap varian-variannya.

Golf ialah satu model ikonik buat Volkswagen dan ia mempunyai pengikut yang ramai di sini dan di seluruh dunia.

“Jadi, tidak hairanlah jika lebih 34 juta unit telah berjaya dijual di seluruh dunia sejak ia diperkenalkan ke pasaran pada tahun 1974,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

 

PRESTASI

Di bawah hudnya, enjin 1.4TSI turbocharged Golf R-Line dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) klac kering 7 kelajuan yang menawarkan kuasa mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm.

KESELAMATAN

Dilengkapi dengan 7 beg udara, Golf R-Line turut hadir bersama rangkaian ciri keselamatan termaju seperti Maneuver Braking, Automatic Post Collision Brake System dan Rest Assist and Proactive Occupant Protection System.

Sementara ciri Advanced Electronic Differential Lock (XDS) pula menawarkan lebih cengkaman ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

KETERSAMBUNGAN DAN KEMUDAHAN

Golf R-Line menawarkan aspek ketersambungan dan kemudahan yang terbaik. Terima kasih kepada Paparan Info Aktif bersaiz 12.3” dan skrin Composition Media bersaiz 8” yang dilengkapi ciri App-Connect (menyediakan sistem-sistem seperti MirrorLink, Android Auto dan Apple Carplay).

Ciri-ciri lain termasuklah lampu utama LED (dengan Lampu Membelok Dinamik), sistem pendingin hawa dua zon Climatronic, kamera undur, ‘KESSY’, brek parkir elektronik serta pilihan mode pemanduan dengan empat mode berbeza iaitu Eco, Normal, Sport dan Individual.

WARNA

Golf R-Line didatangkan dalam warna kuning, biru, putih, hitam, perak dan kelabu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button