Buletin

MCVE 2019 – PAMER PENYELESAIAN PENGANGKUTAN MASA DEPAN

Ekspo terbesar kenderaan-kenderaan komersil di Asia Tenggara, Malaysia Commercial Vehicle Expo 2019 (MCVE) sudahpun membuka pintunya untuk pengendali perniagaan dan orang awam.

Berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), MCVE 2019 merupakan lokasi terbaik jika anda ingin melihat dan mendapatkan produk terbaharu berkaitan trak atau kenderaan komersial.

MCVE 2019 kali ini melibatkan 70 buah pempamer tempatan dan antarabangsa. Ia memberi fokus kepada penyelesaian sistem pengangkutan di Malaysia pada masa masa hadapan.

Elemen utama yang dipamerkan sepanjang tiga hari pameran adalah trend yang mempengaruhi sistem pengangkutan masa hadapan, elektromobiliti dan ‘Uberisation’ sistem pengangkutan.

Selain pameran, MCVE 2019 turut menganjurkan seminar oleh Volvo Trucks bertajuk “The Road to Electromobility for the Malaysian Transportation Industry”.

Barisan panelnya terdiri daripada wakil Jabatan Pengangkutan Jalan dan The Association of Malaysian Hauliers (AMH).

Masuk adalah percuma, MCVE 2019 dibuka bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mcve.com.my

Google ads
Back to top button