Buletin

UD TRUCKS QUESTER – JIMAT DENGAN ESCOT & UD TELEMATICS

UD Trucks Malaysia hari ini memperkenalkan Quester baharu yang telah ditambah baik pada acara Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia 2019 yang berlangsung di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

Dibina dengan ketahanan yang sudah terbukti dan boleh dipercayai, Quester baharu memperkenalkan ciri-ciri penting seperti transmisi manual automatik ESCOT, perencat (retarder), kabin yang boleh dinaikkan secara elektrikal, enjin berkuasa tinggi dan telematik mesra pengguna.

ESCOT

Penjimatan bahan api, mendapatkan pekerja yang bagus, produktiviti dan ketersambungan menjadi keutamaan syarikat pengangkutan di Malaysia. Cabaran ini boleh ditangani dengan ciri-ciri baharu seperti ESCOT dan UD Telematics.

Bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan, Quester baharu dapat mencapai penjimatan bahan api sehingga 10 peratus melalui penggunaan transmisi manual automatik ESCOT. Namun, ia tetap bergantung kepada kondisi operasi, corak pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan. 

ESCOT terdiri daripada satu perisian yang mengoptimumkan aspek penukaran gear berdasarkan kepada rev enjin, kelajuan, berat beban dan kecerunan jalan. Sistem pintar itu juga merangkumi sebuah alat pengesan yang akan memilih gear optimum secara automatik dan bukannya menganggar pemilihan gear pertama.

Quester baharu dilengkapi enjin yang berupaya menyalurkan kuasa tork dan tarikan pada RPM rendah, manakala lengkuk tork yang rata dapat meminimumkan penukaran gear.

Ini membolehkannya menawarkan pecutan purata yang lebih tinggi dan lebih jimat minyak dalam jangka masa panjang. Enjin GH8E kini menawarkan kuasa 350hp, sementara enjin GH11E pula memberi pilihan kuasa 440hp.

Keletihan pemandu terus menjadi cabaran serius kepada industri dan menyumbang kepada 20 peratus kemalangan di dunia.

Bagi menangani masalah ini, Quester baharu dibangunkan dengan kabin sokongan udara dan pakej lebih selesa yang mampu mengurangkan gegaran kabin sehingga 18 peratus.

Keselesaan pemandu juga ditingkatkan dengan tempat duduk yang ergonomik dan sokongan lumbar untuk tugasan perjalanan jauh.

Smart Logistics

Selari dengan peningkatan perniagaan menerusi Smart Logistics, Quester baharu menyokong pengurusan pengangkutan yang efektif dan prestasi pemandu melalui telematik pelanggan. Misalnya pengesanan kenderaan pada masa sebenar dan geobatas untuk mengoptimumkan kebolehlihatan trak pengangkutan.

Quester baharu dilengkapi UD Telematics yang boleh disambungkan terus dengan bengkel UD Trucks bagi memantau dan mengesan kondisi setiap trak serta servis yang diperlukan sebelum kerosakan berlaku.

Analisa penyelenggaraan pencegahan memberi panduan kepada pelanggan dengan laporan bulanan mengenai tingkah laku pemanduan dan penggunaan bahan api.

Google ads
Back to top button