Buletin

TOYOTA PROACE CITY – VAN KOMERSIAL KECIL UNTUK EROPAH

Toyota baru sahaja memperkenalkan van untuk kegunaan komersial Proace City baharu ke pasaran Eropah.

Menjadi model paling kecil dalam portfolio kenderaan komersial Toyota, Proace City diposisikan di bawah Proace dan trak pikap Hilux.

Pelanggan boleh memilih pelbagai varian badan Proace City sama ada panel van atau van membawa penumpang. Panel van akan dilengkapi bangku panjang untuk dua atau tiga tempat duduk.

Manakala van penumpang akan mempunyai barisan tempat duduk kedua dan ketiga, selain cemin tingkap.

Proace City dipasang dengan beberapa pilihan enjin berkuasa 74 hingga 128hp yang dipadankan bersama kotak gear manual lima kelajuan atau automatik enam kelajuan.

Di Eropah, Toyota telah mengumumkan sistem keselamatan standard untuk model ini. Antaranya ialah pengecaman papan tanda, Lane Keeping Assistant dan kawalan jelajah.

Sistem amaran pemandu juga akan menyala jika ia fikir mereka perlu berehat sebelum menyambung perjalanan.

Di ruang kabin, Proace City dilengkapi skrin sentuh infohibur bersaiz lapan inci. Ia menawarkan ciri-ciri seperti Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto. Tidak ketinggalan, navigasi, peta 3D dan arahan suara.

Pelanggan boleh memilih pek Smart Active Vision yang menggunakan dua unit kamera untuk melihat bahagian belakang kenderaan dengan lebih jelas.

Bagi mereka yang ingin membawa van ini ke atas laluan mencabar, pilih varian dilengkapi sistem Toyota Traction Select.

Sistem kawalan cengkaman itu membolehkan pemandu memilih mode Normal, Snow, Sand dan All-Terrain bergantung kepada kesesuaian.

GALERI

Google ads
Back to top button