Buletin

HONDA JAZZ 2020 DENGAN PAPARAN METER DIGITAL?

Tarikh pelancaran dunianya semakin hampir. Model penting Honda ini akan mendapat generasi baharunya tak lama lagi. Banyak media menjangkakan Honda Jazz/Fit ini akan dilancarkan di negaranya – Jepun pada pameran Tokyo Motorshow yang akan diadakan pada Oktober nanti.

Sepertimana model-model baru yang semakin menghampiri detik pelancarannya, akan hadir banyak imej spyshot kereta diuji di jalanan bagi peringkat akhir.

Terbaru, gambar intipan yang ditemui di Jepun. Ia menjadi penanda aras spesifikasi Asia (berbanding spyshot model Eropah) dan berkemungkinan besarnya inilah model yang akan kita dapat untuk pasaran Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Thailand)

Apa yang lebih menarik dalam “tangkapan” kali ini ialah bahagian dalamannya yang dapat dilihat buat pertama kalinya dengan imej agak jelas. Bahagian papan instrumentasinya yang dilengkapi dengan paparan meter digital.

Jika anda zoom dengan lebih dekat, kelihatan bentangan paparan digital pada gugusan ruangan meter. Dilihat dengan lebih teliti, ia seakan-akan paparan pada model Honda CR-V.

Tidak dapat dipastikan sama ada iala adalah model ujian atau odel produksi (meter digital) namun, menemukannya pada saat ini dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, memungkinkan satu perkara. Ia adalah model produksi.

Bagi enjin pula, pasaran Asia berkemungkinan besar akan menerima unit sama iaitu 1.5 liter petrol N/A dan juga pengenalan sistem hibrid baru Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) bersama dua motor.

Enjin tiga selinder 1.0 turbo berkemungkinan hanya ditawarkan untuk pasaran Eropah dan bersama-sama enjin disel.

GALERI

Google ads
Back to top button