Buletin

UPTIME PROMISE VOLVO TRUCKS – BERI PAMPASAN JIKA TRAK TERSADAI DI BENGKEL LEBIH 12 JAM

Volvo Trucks Malaysia (Volvo) dilihat telah meningkatkan penanda aras dari segi perkhidmatan pelanggan pada hari ini apabila melancarkan Janji Tempoh Berfungsi (Uptime Promise), satu perkhidmatan tambahan baharu dalam Gold Service Agreement bagi memberi sokongan selepas jualan.

Uptime Promise Volvo Trucks ialah satu ciri unik yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika trak mereka mengalami kerosakan melepasi tempoh yang telah dijanjikan oleh Volvo Trucks.

Program yang pertama seumpamanya ditawarkan di pasaran itu dilancarkan sempena Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2019 yang diadakan mulai 20 – 22 Jun di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Kuala Lumpur.

“Menerusi Gold Service Agreement dan Uptime Promise kami, para pelanggan kini boleh memaksimumkan tempoh operasi untuk memandu, meningkatkan kecekapan penyelenggaraan dan melindungi trak dengan pelan perlindungan yang diubah suai mengikut keperluan perniagaan mereka,” kata Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Mitch Ped

Para pelanggan yang melanggan Volvo Truck Gold Service Agreement kini layak menikmati manfaat Uptime Promise secara automatik.

Mereka akan menerima pampasan sebanyak RM300 sehari untuk sebarang kerosakan melebihi 12 jam bermula dari panggilan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan Volvo dibuat untuk mendapatkan sokongan Volvo Action Service, tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain Volvo Uptime Promise, Volvo Trucks juga memperkenalkan Pakej Keselamatan Aktif (Active Safety Package) yang baru.  

Pakej Keselamatan Aktif melibatkan ciri-ciri berikut:

  • Volvo Dynamic Steering dengan bantuan kestabilan membolehkan sensor trak memantau kelajuan trak dan mengaktifkan sistem untuk membantu pemandu menstabilkan kenderaan jika ia mengesan wujud kemungkinan trak tergelincir,
  • Monitor Back-up menawarkan pandangan visualyang jelas di bahagian belakang trak ketika mengundur atau memasang trailer pada trak.  
  • Lane keeping support memberi amaran kepada pemandu apabila trak melencong dari garis jalan secara tidak sengaja. Bersama ciri Depart Warning System dengan Lane Keeping Assist, trak akan memberi amaran kepada pemandu serta melakukan pembetulan yang sewajarnya jika trak terus tersasar dari laluan pemanduan. 
  • Driver alert support merupakan pakej tambahan kepada lane keeping support. Sekiranya pemandu menunjukan tanda-tanda tidak fokus sewaktu memandu, sistem akan mengaktifkan  amaran secara audio-visual.
  • Lane changing support membantu menghalang kemalangan ketika menukar laluan. Apabila isyarat membelok diaktifkan, lane changing support akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya terdapat kenderaan dalam kawasan titik buta.
  • Kawalan Jelajah Adaptif dengan amaran pelanggaran dan brek kecemasan berfungsi memastikan trak berada dalam jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan. Pemandu akan meneri amaran jika jarak dengan kenderaan hadapan adalah berbahaya. Brek kecemasan akan dikenakan apabila ia tidak menerima sebarang reaksi daripada pemandu.
Google ads
Back to top button