Buletin

ISUZU KEKAL SEBAGAI JENAMA KENDERAAN KOMERSIAL NO.1 DI MALAYSIA

Isuzu Malaysia meraikan tahun baru 2019 dengan mengekalkan kedudukan No.1 selama lima tahun berturut-turut, sebagai Kenderaan Komersial (CV) pilihan di Malaysia.

Pencapaian itu berdasarkan kepada maklumat jualan keseluruhan tahun 2018 yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini.

Walaupun berdepan dengan ketidakstabilan ekonomi dan pasaran yang kian berubah, Isuzu Malaysia mengakhiri tahun 2018 dengan jualan keseluruhan 6,036 unit, merangkumi trak Isuzu daripada pelbagai segmen.

Isuzu Malaysia juga mendahului jualan segmen kenderaan komersial dengan perbezaan sebanyak 584 unit, berbanding pesaing terdekatnya.

“Tahap kepuasan para pengedar juga telah bertambah baik menerusi pelbagai usaha dan pelan selepas jualan yang telah dijalankan. Di samping tawaran servis pantas melalui Pusat Servis Isuzu (ISC),” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura.

Bagi mencapai sasaran 2019, Isuzu perlu bertindak lebih proaktif dalam mengenal pasti potensi perniagaan baru.

Ia juga akan berusaha ke arah memastikan sokongan padu dan kerjasama yang erat di antara bahagian-bahagian utama syarikat, supaya peluang perniagaan dapat dimaksimumkan. Pada masa yang sama menambah baik aktiviti pertumbuhan pengedar.

Menurut Nakamura, strategi yang akan diketengahkan Isuzu Malaysia bagi tahun ini masih sama – mengutamakan kepuasan hati pelanggan.

Ini dapat dicapai dengan mengambil berat tentang keperluan pelanggan, selain menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan.

Maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari laman web: www.isuzu.net.my.

Google ads
Back to top button