Buletin

MERCEDES-BENZ EQS 580 4MATIC RASMI DILANCARKAN – 536HP, HARGA BERMULA RM699K

Mercedes-Benz Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan rangkaian SUV elektrik baharunya untuk pasaran tempatan iaitu Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC SUV.

Dari segi penampilan, ia dibina berdasarkan platfrom EVA2 dan menurutnya, ia berbeza berbanding dengan kenderaan enjin pembakaran di mana model ini hadir dengan aerodinamik lebih baik serta tampil dengan estetika reka bentuk yang inovatif.

Ciri-ciri hadapan digabungkan bersama unit ‘Panel Hitam’ dengan lampu utama Digital LED serta light band yang dipadankan dengan gril radiator hitam dan corak bintang tiga dimensi Mercedes-Benz.

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC SUV diserlahkan melalui rim aloi-ringan pelbagai-jejari AMG 22-inci dengan kemasan hitam berkilat untuk memberikan rupa yang lebih agresif.

Di bahagian dalam, ia dimuatkan dengan MBUX Hyperscreen sepanjang 141cm, yang menampilkan tiga skrin iaitu kluster instrumen digital 12.3-inci, paparan tengah 17.7-inci dan paparan 12.3-inci untuk penumpang hadapan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dua MBUX Rear Seat Entertainment Plus bersaiz 11.6-inci, sistem audio 15-pembesar suara Burmester berserta Dolby Atmos.

Model ini juga ditawarkan mod pemanduan Dynamic Select, merangkumi Eco, Comfort, Sport dan Individual selain, menampilkan ciri OffRoad.

Ciri standard lain termasuklah stereng gandar belakang dengan sudut stereng hingga 10 darjah untuk memberikan pergerakan lebih berkesan.

Untuk bantuan pemanduan dan aspek keselamatan, SUV 580 4MATIC SUV didatangkan dengan ciri seperti berikut:

  • Parking Package bersama kamera 360-darjah
  • Pakej Bantuan Pemanduan
  • Fungsi brek kecemasan
  • Tujuh beg udara
  • ABS
  • Kawalan Kestabilan
  • Kawalan Kelajuan Adaptif
  • Pemantauan Titik Buta Aktif
  • Pengelak Pelanggaran Hadapan dengan Amaran Trafik
  • Sistem Pengesan Pejalan Kaki
  • Paparan Informasi Isyarat Trafik

Ia turut dilengkapi dengan Driving Assistance Package Plus yang terdiri daripada Distronic Plus, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist, Evasive Manoeuvre Support, PRE-SAFE® Impulse Side, serta penderia belakang untuk bantuan ketibaan lorong.

Beralih kepada kuasa, ia dibekalkan dengan dwi-motor, menghasilkan 536hp dan tork pada 858Nm. Dikuasakan bateri lithium-ion berkapasiti 108.4 kWh, ia menawarkan jarak gerak antara 515 hingga 615 km dalam satu pengecasan penuh, mengikut kitaran WLTP.

Untuk rekod, bateri boleh dicas melalui pengecas AC 22kW dengan status pengecasan (SoC) 0 peratus hingga 100 peratus memakan masa lima jam 30 minit sahaja sementara, dengan pengecas pantas DC 200kW pula, SoC bagi 0% hingga 80% hanya menelan masa 31 minit sahaja.

Model SUV elektrik ini boleh dimiliki pada harga  bermula RM699,888.

GALERI:

Google ads
Back to top button