
RANGE ROVER SPORT KINI TERSEDIA DI PASARAN TEMPATAN – 394HP, HARGA BERMULA RM888K
Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) hari ini secara rasmi melancarkan Range Rover Sport generasi ketiga untuk pasaran tempatan.
Range Rover Sport generasi ketiga kini tampil lebih canggih serta dipadankan bersama perisian terkini selain, dilengkapi pencahayaan LED digital, pemegang pintu baharu, kemasan rel pinggang tersembunyi dan bumbung dikipal laser, sekali gus memberikan prestasi aerodinamik lebih baik.

Range Rover Sport baharu diserlahkan lagi melalui rim bersaiz 22-inci berwarna Satin Dark Grey untuk memberikan nuansa megah dari luaran.
Selain itu, bagi meningkatkan estetika sporty, model ini dipasang dengan spoiler, yang terbesar pernah ditambahkan pada Range Rover.
Untuk rekod, model ini dibina di atas platform MLA-Flex, di mana ia menjadikan SUV ini 35 peratus lebih tegar berbanding generasi sebelumnya.

Dari segi dimensi, ia berukuran 1,820mm (tinggi), 4,946 mm (panjang), lebar 2,047mm sementara jarak antara roda pula berukuran 2,997mm.
Di bahagian dalam, ia dimuatkan bersama konsol tengah yang tinggi, sistem kawalan iklim empat zon, sistem infotainmen Pivi Pro bersaiz 13.1-inci. Bukan itu sahaja, skrin Pivi Pro juga dilengkapi Interactive Driver Display 13.7-inci dengan susun atur yang boleh dikonfigurasi semula.
Turut disertakan ialah sistem audio Meridian 1,430-watt dengan 29-pembesar suara, roda stereng tiga-jejari dan kawalan suhu empat-zon.
Beralih kepada kuasa, ia dijana oleh enjin 3.0 liter pengecasan turbo Petrol MHEV, menghasilkan 394hp manakala daya pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 5.7 saat.
Nadi berkenaan dipadankan dengan transmisi automatik ZF lapan-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda pintar
Bagi aspek bantuan pemandu dan keselamatan, Range Rover Sport didatangkan dengan ciri-ciri seperti berikut:
- Kawalan Kestabilan Dinamik
- Kawalan Menurun Bukit
- ABS
- Enam beg udara
- Brek Kecemasan
- Bantuan Titik Buta
- Kawalan Kelajuan Adaptif
- Respons Keadaan Pemandu
- Bantuan Kekal Lorong
- Bantuan Parkir
- Bantuan Parkir Hadapan dan Belakang
- Pengesan Isyarat Trafik
- Pengehad Kelajuan Adaptif
- Bantuan Perlindungan Penumpang
Range Rover Sport generasi ketiga boleh didapatkan pada harga bermula RM888,688 dan sebarang maklumat lanjut, sila layari https://www.Landrover.com.my/
GALERI:















- BACA: TEMPAHAN RANGE ROVER VELAR L560 BAHARU KINI DIBUKA – HARGA BERMULA RM638,800
- BACA: RANGE ROVER EVOQUE 2024 – EMPAT VARIAN, 309HP, HARGA BERMULA RM252 SEUNIT
- BACA: RANGE ROVER L460 KINI DI MALAYSIA. 4.4 V8 TURB0, 530PS/750NM, RM2.488 JUTA SEUNIT
- BACA: RANGE ROVER VELAR HST. LEBIH POWER, GARANG DENGAN BLACK PACK







