
INI MASALAH UNIK KERETA PANDU SENDIRI, MERCEDES BAGI PENYELESAIAN
Selain giat membangunkan kereta dengan teknologi pandu sendiri dan bersedia untuk melancarkan kereta pandu sendiri level 3 di Amerika, Mercedes juga mempelopori bidang keselamatan yang berkaitan dengan teknologi kereta pandu sendiri
Berbeza dengan Tesla Full Self Driving yang masih dikelaskan sebagai kereta pandu sendiri Tahap 2 (mengikut definasi Socienty of Automotive Engineer), Mercedes Drive Pilot tidak memerlukan pemantauan daripada pemandu dan pemandu boleh tidur atau membaca buku.
Namun sistem Mercedes’ Drive Pilot hanya beroperaso sehingga kelajuan 64km/jam di lebuhraya dengan keadaan trafik yang sesuai sahaja. Masalah timbul jika anda berbaring sepenuhnya, beg keselamatan udara menjadi tidak berkesan melindungi pemandu sekiranya kemalangan berlaku
Namun Mercedes telah berusaha membangunkan satu sistem beg udara yang tetap melindungi penumpang depan biarpun pemandu berada dalam posisi terbaring. Bagi penumpang belakang, kusyen yang boleh diposisikan dalam keadaan berbaring hanya ditawarkan pada model S Class dan juga Maybach sahaja
Namun dengan kemajuan terkini, ada kemungkinan yang kusyen di bahagian belakang juga perlu ditawarkan dengan ciri beg keselamatan dalam posisi terbaring. Besar kemungkinan beg udara akan keluar daripada A Pillar, B Pillar ataupun daripada kusyen yang berada di depan
Selain daripada aspek keselamatan beg udara, aspek pemasangan tali pinggang keledar juga perlu diubah kerana rekaan pada masa ini hanya menawarkan perlindungan maksima dalam keadaan yang ideal sahaja. Sekiranya pemandu dan penumpang berbaring, perlindungan tali pinggang keselamatan mungkin tidak berada dalam keadaan yang optimum