Artikel Pilihan

MERCEDES BENZ TERPAKSA PASANG ENJIN SECARA SENGET DALAM KERETA INI

Mercedes Benz tidak pernah menghasilkan kereta kompak dalam sejarah penubuhan mereka pada tahun 1997. Jadi apabila mereka memperkenalkan satu model baru yang lebih kompak, Mercedes perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai teknologi untuk menghasilkan kereta pacuan roda depan dan menawarkan ruang dalaman yang luas sama seperti model C-Class mereka

Model ini juga perlu menawarkan jaminan keselamatan sama seperti model E-Class mereka membuatkan jurutera Mercedes pada ketika itu pecah kepala bagi menghasilkan pakej rekaan yang sesuai bagi model A-Class pertama mereka

Secara keseluruhan, Mercedes A Class menggunakan enjin 4 silinder yang dihasilkan daripada aloi aluminium M166 samaada 1400cc (80hp), 1600cc (101hp), 1900cc (123hp), 2100cc (138hp), ataupun enjin 1700cc turbodiesel (94hp).

Semua enjin ini biasa sahaja tapi bagi membolehkan ia dipasang pada Mercedes A Class, ia perlu dipasang pada sudut 59 darjah condong ke arah depan bukannya menegak seperti biasa. Ia bukanlah satu perkara baru kerana konsep ini sebenarnya telah digunakan pada model 300SL Gullwing pada tahun 1950an dengan sudut 30 darjah.

Tapi sebenarnya ia kali pertama dilakukan pada enjin melintang dengan sudut yang agak ekstrim bagi menghasilkan ruang dalaman yang luas pada sebuah kereta kompak. Penumpang juga akan duduk sekitar 8 inci lebih tinggi dari atas platform yang dipanggil Sandwich Principle dimana rekaan ini menawarkan ciri keselamatan yang bagus pada ruang yang terhad.

Sekiranya A-Class dilanggar dari arah hadapan, unit trenkuasa iaitu enjin dan transmisi akan menggelungsur di bawah lantai platform dan mengelakkan ia merosakkan ruang kabun penumpang dan pada masa sama A Class tidak memerlukan Crumple Zone yang besar

Secara teori rekaan sebegini menjimatkan duit, berat dan membolehkan A-Class melepas ujian perlanggaran di Eropah dan Ameruka. A-Class juga dipasang dengan satu lagui bar penahan yang dihasilkan daripada keluli bagi melindungi penumpang dari arah depan

Dari segi rekaan, A -Class adalah lebih pendek sebanyak 579mm berbanding dengan C-Class, menawarkan ruang kabin yang sama luas dan A-Class juga adalah 381mm lebih pendek dengan Miata namun menawarkan ruang untuk 4 penumpang dan juga ruang kargo dengan berat maksimum adalah 1065kg bagi varian turbodiesel

Namun rekaan dan cara pemasangan enjin pada cesi adalah bermasalah seperti anda perlu emnurunkan enjin sepenuhnya jika perlu menukar motor penghidup, kompressor penyaman udara dan alternator berada di bahagian bawah enjin manakala penapis minyak enjin tersepit di antara enjin dan firewall

A-Class juga dihantui dengan kontreversi apabila gagal ujian mengelak Moose pada halaju 60km/jam, kereta kompak dengan 5 penumpang semasa ujian dijalankan ini tergolek (roll over) dan mencederakan seorang penumpang. Jürgen Hubert, Brand chief of Mercedes ketika itu menjelaskan kedudukan pusat graviti yang tinggi, rekaan cesi dan ujian yang ekstrim menjadi punca kepada masalah.

Tapi kami merasakan kedudukan dan cara pemasangan enjin yang ditolak ke depan turut menjadi punca kepada masalah ini

Google ads
Back to top button