Buletin

MERCEDES BENZ G300 CDI, G-CLASS VERSI PIKAP DI AUSTRALIA

Mercedes baru mendedahkan projek terbaru mereka X-CLASS dalam satu pengumuman penting 2 bulan lepas. Ya. Sebuah pikap dengan kerangka Nissan Navara/Renault Alaskan dengan 2 varian berbeza. Mewah dan ganas.

Tapi lain pula halnya di benua Australia, Mercedes Australia baru melancarkan versi cab yang dibina atas kerangka ladder yang dikenali dengan nama G300 CDI. Sekali imbas, kita boleh membayangkan, “muka” hadapannya yang diambil dari model G-Class.

BACA – TUNDRA VS HILUX, AMERIKA VS ASIA

BACA – LAND CRUISER 70 MASIH DIJUAL DI AUSTRALIA

mercedes-g300-cdi-pikap-australia-11

Tapi sebenarnya, kami rasa kalau dibandingkan dengan binaan body-on-frame pada X-Class, binaan badan G300 CDI ni cab chasis macam lori sahaja. Tapi sebab ianya sebuah Mercedes, ia mestilah lebih dari yang lain.

Pikap ini dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 turbo dengan ekstrak 181 kuasa kuda dan 295Nm tork. Kuasa dihantar kepada sistem pacuan 4 roda sepenuh masa dengan transmisi automatik 5 kelajuan.

Mercedes mencurahkan teknologi lasak pada model ini dengan keupayaannya mendaki sehingga 38 darjah kecondongan. Ia juga mampu menarik beban sehingga 2,120kg dan mampu meredah kedalaman air sehingga 25 inci.

Walaupun luarnya nampak biasa-biasa, bahagian dalamannya boleh tahan bergaya. Ada kompartmen bawah kerusi, kerusi yang dibalut vinyl premium, perehat tangan, pelapik lantai getah dan suis diffrential pacuan di bahagian konsol tengah

Harga? Meninggal dunia juga lah. AUD119,900, dekat RM400K, gila ke apa.

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button