
MESIN HASILKAN HIDROGEN DARIPADA BIOGAS MULA BEROPERASI HUJUNG OKTOBER INI
Toyota Daihatsu Engineering & Manufacturing Co., Ltd. (TDEM) mengumumkan bahawa mesin pertama menghasilkan hidrogen daripada biogas akan mula beroperasi pada penghujung Oktober 2023.
Mesin ini dikuasakan oleh elektrik daripada panel solar, yang mencerminkan Komitmen Toyota untuk sentiasa memberi tumpuan kepada Life Cycle Actions (LCA).
Toyota memahami bahawa untuk mencapai neutraliti karbon, ia adalah penting untuk mengurangkan pelepasan CO2 secara konsisten sepanjang keseluruhan proses penghasilan, mengangkut, dan menggunakan tenaga.

Untuk rekod, peralatan pengeluaran hidrogen dipasang di TDEM dihasilkan oleh Mitsubishi Kakoki, yang turut membangunkan teknologi canggih ini untuk menyokong kemandirian tenaga merentasi setiap pasaran, termasuk Global South.
Selain itu, TMC bersama Toyota Tsusho juga akan bekerjasama ke arah pembangunan Eko-sistem Hidrogen, termasuk pembinaan, sistem pemampatan, penyimpanan, pengangkutan biogas dan hidrogen, serta sistem pengendalian.
- BACA: ‘LEAVE NO ONE BEHIND’, TOYOTA KONGSI HALA TUJU MOBILITI MASA DEPAN DI ASIA
- BACA: TOYOTA KIJANG INNOVA PALING LARIS DI INDONESIA, CATAT JUALAN 6,486 UNIT
- BACA: TOYOTA LANCAR APLIKASI TOYOTA MY – TAWAR CIRI KOMPREHENSIF UNTUK MEMUDAHKAN PELANGGAN
- BACA: TOYOTA SEDIA CETUS TRANSFORMASI BAHARU UNTUK ELEKTRIFIKASI DAN HIDROGEN


