Artikel Pilihan

AMALKAN 2 TABIAT INI JIKA MAHU BATERI EV TAHAN LAMA

Salah satu isu yang sering menjadi kebimbangan pada pembeli atau bakal pembeli kereta elektrik ialah isu ketahanan bateri kereta elektrik mereka. Pada pandangan mereka, selepas 160,000km atau 8 tahun bateri EV akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Secara dasarnya ia adalah jaminan bahawa dalam 8 tahun atau 160,000km bateri kereta elektrik tidak akan mengalami masalah dan kualiti sistem trenkuasa adalah dalam jaminan pengeluar. Apa yang pembeli patut risau ialah bagaimana keadaan bateri selepas tempoh waktu di atas

Secara umumnya bateri ion lithium akan merosot selepas digunakan dalam tempoh waktu dalam mengikut kiraan peratus. Mungkin selepas 8 tahun bateri akan merosot dan hanya mampu menyimpan sampai 80% tenaga sahaja berbanding dengan 100%, menjadikan jarak pemanduan semakin berkurang.

Pada bulan Ogos 2023, satu kajian berdasarkan data 6300 unit Tesla Model 3 daripada laman Recurrent Auto mendapati, kebanyakan Tesla Model 3 masih mengekalkan keupayaan mengekalkan cas sehingga 90% walaupun selepas 5 tahun digunakan.

Data ini disokong oleh salah seorang pemilik Tesla Model 3, Andy Slye di saluran Youtube dengan menunjukkan Tesla Model 3 miliknya berupaya menyimpan 95% tenaga selepas dipandu sejauh 217,000km.

Model 3 miliknya merupakan varian Long Range yang menggunakan bateri Lithium NMA (Nickel Manganese Aluminium), bateri yang sangat mudah untuk mengalami degradasi sekiranya dicaj melebihi 80% dengan kerap. Biarpun mempunyai keuyaan menyimpan tenaga yang lebih banyak berbanding LFP, kelemahan ini membuatkannya kurang digemari.

Menurut Andy, dia hanya mengamalkan 2 kaedah mudah sahaja bagi menjadikan bateri Tesla Model 3 miliknya tahan lasak. Kaedah ini juga boleh diamalkan oleh kebanyakan pengguna EV bagi memanjangkan jangka hayat bateri.

Pertama Andy mengecaj Tesla Model 3 miliknya dengan menggunakan pengecaj AC biasa di rumah ataupun mengoptimakan pengecasan biasa yang ditawarkan oleh Tesla. Andy juga turut mengecaj dengan menggunakan DC Fast Charger sekiranya perlu untuk perjalanan jarak jauh

Kedua, Andy meletakkan had pengecasan pada maksimum 80% sahaja untuk setiap kali sesi pengecasan. Limit ini boleh ditetapkan pada semua EV agar proses pengecasan tamat pada 80% sahaja, dan sebenarnya untuk kegunaan harian Andy mengatakan 80% sudah cukup.

Data daripada Recurrent Auto juga mengatakan tiada perbezaan yang ketara antara Ev yang menggunakan pengecas DC dengan kerap berbanding dengan pengecas AC. Keadaan ini menunjukkan ciri pre-conditioning pada kebanyakan EV moden mampu menyediakan bateri untuk sesi pengecasan pantas dengan lebih efisyen tanpa merosakkan bateri.

Google ads
Back to top button