Buletin

TOYOTA LANCAR APLIKASI TOYOTA MY – TAWAR CIRI KOMPREHENSIF UNTUK MEMUDAHKAN PELANGGAN

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini melancarkan aplikasi Toyota MY baharu untuk peranti iOS dan Android.

Menurut UMWT, aplikasi baharu ini menyepadukan ciri-ciri aplikasi Toyota Drive dan Toyota 24Seven ke dalam satu platform.

Pelancaran aplikasi Toyota MY mentakrifkan semula pengalaman pelanggan dengan menawarkan ciri yang komprehensif bagi memudahkan pengurusan kenderaan.

Menerusi Toyota MY, pemilik Toyota boleh mengakses maklumat penting dengan mudah seperti menetapkan temu janji servis kenderaan, melihat mata keahlian Loyal-T, bantuan tepi jalan 24Seven, mencari cawangan Toyota berdekatan serta banyak lagi.

Selain ciri praktikalnya, aplikasi ini juga berfungsi sebagai pusat untuk mendapatkan berita terkini Toyota, promosi serta menjadi platform digital utama UMWT bagi memperkenalkan inovasi baharu dan penambahbaikan.

Dengan pengenalan aplikasi Toyota MY, kedua-dua aplikasi Toyota Drive dan Toyota 24Seven aplikasi akan ditamatkan secara berperingkat.

Terokai masa depan pemilikan Toyota dengan memuat turun aplikasi Toyota MY hari ini daripada Apple App Store atau Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://apps.apple.com/my/app/toyota-drive/id1182883397 atau https://play.google.com/store/apps/details?id=umwt.com.toyotadrive.android

Google ads
Back to top button