
‘LEAVE NO ONE BEHIND’, TOYOTA KONGSI HALA TUJU MOBILITI MASA DEPAN DI ASIA
Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Wilayah Asia, Masahiko Maeda, bersama-sama eksekutif di rantau Asia, baru-baru ini berkongsi hala tuju Toyota dalam mobiliti masa depan di Asia.
Menurutnya, tiga elemen penting memainkan peranan besar bagi Toyota iaitu ‘Inheritance’, ‘Electrification’ dan ‘Diversification’.
Tambahnya, Toyota akan terus menjadi sebuah syarikat yang berusaha untuk menghasilkan Produk Terbaik (Product Centered) bagi memenuhi keperluan setiap pasaran (Region Based).

Bukan itu sahaja, Toyota juga mahu terus berevolusi untuk menjadi syarikat mobiliti sebenar, terutamanya dalam segmen elektrifikasi.
Menuju ke arah neutraliti karbon, Toyota mendedahkan bahawa tonggak utama untuk mencapai ke arah itu ialah menggabungkan elektrifikasi, kepelbagaian dan kecerdasan.
Di Asia, di mana pelbagai faktor mempengaruhi perjalanan ke arah neutraliti karbon, Toyota menganggap ekonomi, tenaga, infrastruktur, dan keperluan pengguna menjadi kayu ukur.

Maka dengan itu, Toyota berpendapat pengeluar kenderaan harus menyediakan pelbagai alternatif bagi memastikan pengguna mampu bersama-sama dalam usaha mencapai kea rah neutraliti karbon.
“Di Asia, projek IMV (Innovative International Multipurpose Vehicle), termasuk Hilux dan Innova, boleh menggambarkan dengan baik usaha kami untuk memenuhi kepelbagaian rantau ini,” katanya.
“Sejak dilancarkan pada tahun 2004, ia telah memenuhi keperluan mobiliti kepada pelbagai jenis pengguna, sekali gus menyumbang kepada kualiti hidup penduduk dan objektif negara.”
Perkembangan berkaitan, Toyota kini merancang untuk memperkenalkan IMV 0 baharu, direka untuk pelanggan berpendapatan lebih rendah, dengan kebolehsesuaian lebih besar.
“Toyota bertujuan untuk merealisasikan mobiliti berdasarkan nilai ‘Leave No One Behind’ dan menyediakan ‘Mobility for All’ yang optimum pilihan untuk pelanggan,” Tambahnya.
Di Thailand, Toyota sudah pun memulakan projek Thai Dream bersama-sama dengan CJPTseperti Isuzu dan Hino, bertujuan untuk menyepadukan elektrifikasi, kepelbagaian dan kecerdasan.
- BACA: TOYOTA KIJANG INNOVA PALING LARIS DI INDONESIA, CATAT JUALAN 6,486 UNIT
- BACA: TOYOTA LANCAR APLIKASI TOYOTA MY – TAWAR CIRI KOMPREHENSIF UNTUK MEMUDAHKAN PELANGGAN
- BACA: TOYOTA VELLFIRE SERBA BAHARU KINI DI MALAYSIA, HAMBUR KUASA 180HP, HARGA BERMULA RM438K
- BACA: TOYOTA ALPHARD EXECUTIVE LOUNGE RASMI DILANCARKAN UNTUK PASARAN TEMPATAN, 275HP, HARGA BERMULA RM538K








