Buletin

MESIN RUMPUT HONDA TYPE R & FIREBLADE – SERIUS INI BUKAN LAWAK

2017 adalah tahun yang istimewa buat Honda apabila pengeluar unggul dari Jepun itu menyambut ulang tahun ke-25 pengeluaran model Type R dan juga motosikal Fireblade.

Sempena ulang tahun tersebut Honda telah mengeluarkan dua buah model yang sangat istimewa dan tidak terjangkau dek pemikiran biasa.

Model yang dimaksudkan ialah mesin rumput robotik Miimo Type R dan Fireblade.

Walaupun kebanyakan produk Honda bersekitar dengan mood serius tetapi produk ulang tahun ini menampakkan sisi humor Honda. Kedua-dua mesin rumput tersebut adalah replika kepada Civic Type R dan motosikal Fireblade.

Mesin rumput Miimo bukan sekadar produk replika tetapi ia benar-benar berfungsi untuk memotong rumput di laman secara automatik.

Honda Miimo Type R

Miimo Type R menggunakan tema warna Championship White dan lencana merah H yang di depan dan belakang yang sinonim dengan Civic Type R.

Ciri-ciri Type R tidak terhenti di situ, Miimo turut dilengkapi replika spoiler tinggi hitam dan putih, bamper hitam dan logo Type R di kedua-dua belah badannya.

Cabaran paling sukar dalam projek ‘modifikasi’ ini ialah pada spoiler Type R. Bentuknya kompleks dengan bahan yang perlu mudah dibentuk dan kalis air.

Untuk itu, Honda menggunakan foam board berketumpatan tinggi yang mudah dibentuk apabila dipanas dan disejukkan. Bahagian tengah kemudian dibalut dengan pelekat gentian karbon dan hasilnya ialah sebuah replika spoiler tinggi yang sinonim dengan Civic Type R.

Untuk tampil lebih realistik, Miimo Type R dipasangkan sebanyak 40 lampu LED yang dihidupkan dengan bank kuasa USB. Miimo Type R kemudiannya disempurnakan lagi dengan ekzos tiga corong yang diperbuat daripada besi tahan karat 32mm dan 25mm.

Honda Miimo Fireblade

Jika Miimo Type R menggunakan warna Championship White, Miimo Fireblade pula menggunakan tema warna tri-colour merah, putih dan biru mengikut konsep Fireblade sebenar dan siap dengan logo HRC.

Satu perkara menarik ialah kedua-dua Miimo Type R dan Fireblade tidak menggunakan balutan pelekat (vinyl wrap) tetapi dilayangkan cat sebenar.

Rekaan grafik pula menggunakan pelekat khas dan dibentuk mengikut lengkok badan mesin rumput robotik itu. Sama sepert Miimo Type R, versi Fireblade ini menggunakan lampu LED nyata sebanyak 45 unit yang dihidupkan menggunakan sambungan bank kuasa USB.

Honda Miimo

Mesin rumput robotik ini mula diperkenalkan di UK pada 2013 dan ia mampu memotong rumput dan mengekalkan laman supaya kekal cantik setiap hari.

Miimo mampu bergerak dengan sendiri melalui kawalan pemasa, sensor dan kabel yang telah ditanam atau disekeliling taman di mana pemilik mahunya beroperasi.

Ia boleh mengecas sendiri dan dikuasakan oleh bateri lithium ion berprestasi tinggi.

Menarik dan comel kan produk Honda ini? Siap versi Type R dan Fireblade pula tu.

BACA: HONDA AUSTRALIA HANYA JUAL DUA BUAH NSX SEJAK 2016 – INI BARU RARE

BACA: HONDA SUPER CUB – DICIPTA BERDASARKAN MI SOBA JEPUN!

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”21″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button