BuletinMotosikal

DUCATI AKAN LANCARKAN ENJIN V4 DI MISANO GP ESOK – DESMOSEDISI STRADALE

Berita yang bergema di Eropah sejak beberapa minggu lepas selepas Ducati dikatakan akan mengembalikan semula era enjin bentangan V4 ke pasaran. Selepas beberapa kenyataan dan khabar angin, akhirnya Ducati mengesahkan bahawa mereka akan mengembalikan kegemilangan enjin V4 ke pasaran

Ducati mengeluarkan satu teaser awal dengan satu foto ringkas komponen enjin dengan perkataan “Desmosedisi Stradale”. Bersempena dengan Gran Prix Misano bertempat di litar Marco Simoncelli Misano, Ducati akan mendedahkan secara rasmi pada jam 12 tengahari esok waktu Itali rangkaian enjin yang ditunggu-tunggu itu.

Jelas bahawa ia jentera baru yang dihasilkan menerusi kejuruteraan jitu Ducati dalam arena perlumbaan, MotoGP dan juga World Superbike (WSBK).

“Desmosedisi Stradale” membawa maksud jelas bahawa ia adalah enjin yang di bawa ke jalanan. Stradale bermaksud “jalanan” dalam bahasa Itali. Dikatakan juga bahawa enjin ini akan menghasilkan lebih 200 kuasa kuda untuk pasaran.

BACA: DUCATI V4 SEDANG DIUJI

Tiada foto jelas motosikal yang telah dipasangkan dengan enjin tersebut. Namun beberapa keping foto intipan berlegar di media sosial sejak beberapa hari lepas. Tak dapat dipastikan bahawa ia adalah foto sebenar atau sebaliknya menggunakan kerangka Panigale sebagai platform.

Sementara itu bunyi enjin itu berjaya dirakamkan dan sila tonton dalam video di bawah.

 

Google ads
Back to top button