Motosikal

QJMOTOR SRK 250 S LANCAR HUJUNG MINGGU INI – HARGA BAWAH RM10K

MForce Bike Holdings bakal menambah tawaran motosikal 250cc satu silinder pada hujung minggu ini menerusi QJMotor SRK 250 S.

Lebih menarik, kami difahamkan motosikal segmen naked itu akan ditawarkan pada harga bawah RM10k. Ini meletakkan SRK 250 S dalam kumpulan harga sama dengan CF Lite 250.

Sementara itu, kami dimaklumkan bahawa pihak MForce sedang giat memasang model baharu itu ketika ini.

Atas kertas, SRK 250 S dipacu enjin satu silinder 249.2cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 27.9hp pada 9,500rpm dan 22.5Nm pada 7,250rpm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan.

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk fork depan jenis upside/down, cakera brek tunggal 300mm depan dan 240mm belakang masing-masing dipadankan dengan ABS secara standard.

Dalam pada itu, motosikal ini tuurt menawarkan panel meter TFT berwarna dan tangki bahan api berkapasiti 12.5L. Atas kertas, berat keseluruhan motosikal ini adalah 148kg.

Maklumat lebih terperinci akan disiarkan sebaik pelancaran rasmi dilangsungkan pada hujung minggu ini.

Google ads
Back to top button