Buletin

MINI CLUBMAN – BERMULA RM203,888!

MINI Malaysia semalam memperkenalkan MINI Clubman baharu yang hadir dengan varian MINI Cooper Clubman dan MINI Cooper S Clubman.

MINI-Clubman-2016-mekanika (4)

Jenama MINI dilihat semakin berkembang dan MINI Clubman baharu akan terus merancakkan prestasi jenama ini di Malaysia. Sehingga Mac lalu, sebanyak 197 buah MINI telah diserahkan kepada pelanggan, peningkatan sebanyak 38% berbanding tempoh sama pada tahun 2015 (143 unit).

MINI Clubman baharu merupakan satu-satunya kenderaan enam pintu dalam segmennya. Jentera kompak ini mengekalkan rekaan pintu belakang yang terpisah.

MINI-Clubman-2016-mekanika (3)

Dimensi MINI Clubman kini adalah sepanjang 4,253mm, lebar 1,800mm dan setinggi 1,441mm. Perkadarannya yang tersendiri itu dibina di atas tapak roda bersaiz 2,670mm.

Sementara lebar treknya ialah 1,564mm di hadapan dan 1,565mm di belakang. MINI Clubman jelas menunjukkan statusnya selaku model paling besar dalam generasi baru MINI.

MINI-Clubman-2016-mekanika (10)

Satu lagi ciri utama MINI Clubman baharu ialah pancaran logo MINI ke tanah daripada lampu yang terletak di dalam perumah cermin sisi pemandu. Lampu itu akan menyala selama 20 saat setiap kali pemandu membuka atau mengunci kereta.

MINI Clubman dilengkapi lampu utama dan lampu kabus LED. Dari segi pilihan rim pula, varian MINI Cooper dipasang dengan rim aloi ringan Net Spoke berwarna perak bersaiz 17 inci.

MINI-Clubman-2016-mekanika (9)

Manakala varian MINI Cooper S tampil dengan rim aloi ringan Star Spoke berwarna hitam bersaiz 18 inci. Kedua-dua varian tersebut didatangkan dengan tayar jenis run-flat.

MINI Clubman menawarkan prestasi dan penjimatan terbaik, terima kasih kepada enjin tiga dan empat silinder yang hadir bersama teknologi MINI TwinPower Turbo di bawah bonetnya.

MINI-Clubman-2016-mekanika (18)

Varian MINI Cooper Clubman  dijana oleh enjin 3 silinder sebaris bersesaran 1.5 liter yang menjanjikan prestasi sporty. Ia berupaya menghasilkan kuasa maksimum 136hp dan tork 220Nm.

Pecutan dari sifar hingga 100km/j hanya memerlukan masa 9.1 saat dengan kelajuan maksimum 205 km/j. Biarpun begitu, penggunaan purata bahan apinya cuma 5.4 liter bagi setiap 100 kilometer.

MINI-Clubman-2016-mekanika (17)

MINI Cooper S Clubman pula menggunakan enjin empat silinder bersesaran 2.0 liter yang menjana kuasa sehingga 192hp dan tork maksimum 280Nm. Ia mampu boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 7.1 saat dengan kelajuan maksimum 228km/j. Sedangkan purata penggunaan bahan api hanya 5.9 liter bagi setiap 100 kilometer. Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic 8 kelajuan.

Mode Pemanduan MINI boleh diaktifkan melalui satu suis rotari yang terletak pada bahagian tuil gear. Selain mode standard MID, pemandu kini boleh memilih mode SPORT dan GREEN.

MINI-Clubman-2016-mekanika (8)

Dari segi sistem keselamatan, MINI Clubman idaman ramai ini dilengkapi brek ABS, EBD, Cornering Brake Control (CBC) dan Brake Assist. Sistem kawalan kestabilan Dynamic Stability Control (DSC) juga didatangkan bersama ciri bantuan drive-off, fungsi brek kering, Fading Brake Support dan DTC mode (Dynamic Traction Control).

Menjengah ke ruang kabin, MINI Clubman hadir dengan satu panel instrumen dan bingkai fascia kokpit yang besar. Ia turut dipasang dengan tempat duduk yang boleh dilaras secara elektrik bersama fungsi memori.

MINI-Clubman-2016-mekanika (12)

Ciri Comfort Access membolehkan pemandu membuka pintu belakang dengan hanya menggerakkan kaki di bawah bampar belakang kereta.

Varian MINI Cooper Clubman hadir dengan upholsteri berwarna hitam (Cloth Firework Carbon Black) bersama ruang dalaman berwarna kelabu (Hazy Grey), garis krom dan stereng sports dibalut kulit.

MINI-Clubman-2016-mekanika (14)

Sementara varian MINI Cooper S Clubman pula menawarkan ruang kabin berwana hitam (Piano Black) dengan upsholteri kulit Cross Punch berwarna merah tua, serta stereng dibalut kulit John Cooper Works dan paddle shifter.

Dari segi ruang, MINI Clubman dilengkapi banyak tempat penyimpanan barang yang berguna.  Poket pintunya boleh memuatkan botol air berkapasiti 1 liter.

MINI-Clubman-2016-mekanika (11)

Ketika semua tempat duduk digunakan, ruang kargonya adalah seluas 360 liter. Tempat duduk belakang yang boleh dilipat dengan konfigurasi 40:20:40 itu membolehkan ruang kargo ditingkatkan menjadi 1,250 liter.

Aspek infotainmen, komunikasi dan pengalaman pemanduan pula ditingkatkan dengan ciri MINI Connected yang membolehkan integrasi telefon bimbit di dalam kereta dilakukan secara ekstensif.

MINI-Clubman-2016-mekanika (15)

Anda kini boleh merakam gaya pemanduan dengan mengawal kamera GoPro secara langsung daripada kokpit kereta. Aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat turun daripada App Store untuk dilihat pada paparan MINI dan mudah diakses menggunakan butang kawalan.

MINI Clubman didatangkan dalam dua warna baharu iaitu perak dan merah tua. Skim warna lain yang disediakan ialah putih, hitam, kelabu, biru, hijau dan kelabu (Thunder khas untuk varian MINI Cooper S Clubman.

MINI-Clubman-2016-mekanika (1)

MINI Clubman baharu hadir bersama Jaminan Selama 4 Tahun dengan Perbatuan Tanpa Had MINI dan Servis Berjadual Percuma. Servis berjadual percuma itu disediakan selari dengan sistem Condition Based Service.

Harga anggaran MINI Clubman (di atas jalan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi) ialah:

MINI-Clubman-2016-mekanika (16)

MINI Cooper Clubman        –           RM 203,888.00

MINI Cooper S Clubman    –           RM 253,888.00

Google ads
Back to top button