Buletin

SHELL MALAYSIA LANCAR RANGKAIAN SHELL RIMULA

Shell Rimula sudah bersedia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) paling laris di dunia dan di Malaysia dengan pelancaran rangkaian produk serba baru dan produk sintetik penuh yang dipertingkatkan.

 Shell-Rimula-R6-LM-mekanika (2)

Shell Rimula R6 LM 10W-40 yang baru kini membawakan Teknologi Dynamic Protection Plus Shell yang unik.

Teknologi Dynamic Protection Plus menggabungkan Teknologi PurePlus yang digunakan untuk mengeluarkan minyak asas ultra-bersih diperbuat daripada gas asli, dan Teknologi Aditif Adaptif.

Shell-Rimula-R6-LM-mekanika (5)

Inovasi terbaru Shell membolehkan Rimula R6 LM baru menawarkan perlindungan sehingga 53% lebih baik daripada kehausan enjin dan enapa. Selain menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 45 peratus!

Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia & Singapura, Leslie Ng memberitahu, portfolio Shell Rimula baharu sekali lagi membuktikan  pelaburan Shell dalam bidang R&D.

Shell-Rimula-R6-LM-mekanika (6)

Shell mahu menawarkan produk pelincir yang mampu memberi manfaat sebenar kepada syarikat perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran ekonomi semakin mencabar.

Shell Rimula R6 LM ditawarkan pada harga RM572 untuk tong berkapasiti 20 liter.

Shell-Rimula-R6-LM-mekanika (7)

Pelancaran Shell Rimula R6 LM dilihat tepat pada masanya kerana semakin banyak minyak diesel spesifikasi Euro 5 boleh didapati di Malaysia.

Sempena pelancaran portfolio Shell Rimula baru, Shell Lubricants turut melancarkan Promosi Global Shell Rimula edisi 2016.  Tahun ini, lapan pemenang bertuah yang memenangi hadiah utama akan dibawa bercuti ke Afrika Selatan untuk menyertai cabaran memandu yang unik.

Shell-Rimula-R6-LM-mekanika (1)

Pemenang tahun lalu berpeluang melawat Budapest, Hungary untuk menyaksikan kejohanan Lumba Trak Eropah FIA. Sementara pemenang 2014 telah mengambil bahagian dalam cabaran jentera berat di London.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.shell.com.my/rimula.

Google ads
Back to top button