Buletin

MINI JCW PRO EDITION – RM255,888

MINI Malaysia semalam memperkenalkan MINI JCW Pro Edition baharu. Dengan hanya 20 unit ditawarkan secara eksklusif buat pasaran Malaysia, MINI JCW Pro Edition merupakan model MINI 5-Pintu yang paling laju, bising dan berkuasa pernah dibangunkan.

batch_MINI JCW Pro Edition (9)

Penampilan jentera ini diserlahkan menerusi MINI JCW Pro Aerodynamic Kit. Ia terdiri daripada splitter pada bahagian hadapan, skirting sisi, bampar belakang dan spoiler belakang.

Semua ini bukan sahaja membuatkannya kelihatan lebih sporty, malah mampu mengoptimumkan aspek aerodinamik untuk pengalaman pemanduan yang cukup mengujakan.

batch_MINI JCW Pro Edition (6)

Selain aero kit penuh, MINI JCW Pro Edition juga menawarkan rim aloi ringan MINI JCW Pro Cross-Spoke bersaiz 18” berwarna hitam. Dilengkapi teknologi run flat, MINI JCW Pro Edition boleh bergerak sejauh 80km pada kelajuan 80km/j walaupun dalam keadaan tayar pancit.

MINI JCW Pro Edition turut menampilkan MINI JCW Pro Roof Décor, grafik petak-petak berwarna merah dan hitam. Gaya jentera ini dipertingkatkan melalui perumah cermin sisi MINI JCW Pro Wing Mirror Caps dan MINI JCW Pro Side Scuttles (ketutup sisi) yang sepadan dengan panel tepinya.

batch_MINI JCW Pro Edition (8)

Dibina berdasarkan kepada kejayaan dalam dunia sukan bermotor, MINI JCW Pro Edition juga menawarkan MINI JCW Pro Tuning Kit untuk kuasa tambahan. Digabungkan dengan peredam injap, kuasa standard enjin mampu ditingkatkan daripada 192hp kepada 211hp. Tork puncaknya kini ialah 300Nm, berbanding 280Nm yang mampu dihasilkan oleh MINI Cooper S 5-Pintu.

MINI JCW Pro Edition didatangkan dengan MINI JCW Pro Valve Silencer bersama Carbon Tailpipe Trim (kemasan paip ekzos karbon). Sistem peredam ekzos hadir dalam dua mode iaitu Sport dan Track.

batch_MINI JCW Pro Edition (3)

Ridip ekzods (exhaust flap) yang mengeluarkan api dan bunyi garang boleh dioperasikan secara tanpa wayar menerusi dua klik pada butang kawalan Bluetooth 4.0.

MINI JCW Pro Edition didatangkan dalam warna hitam metalik. Ia hadir bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had dengan Servis Berjadual Percuma. Servis berjadual percuma ini disediakan selari dengan sistem Servis Berdasarkan kepada Kondisi.

batch_MINI JCW Pro Valve Silencer System

Harga runcit Aksesori MINI JCW Pro tidak termasuk pemasangan ialah:

MINI JCW Pro Aerodynamic Kit                                                –           RM 16,283.43

MINI JCW Pro Tuning Kit with Valve Silencer System –           RM 10,000.00

MINI JCW Pro Carbon Tailpipe Trim                                          –           RM 3,000.00

MINI JCW 18” Cross-Spoke Light Alloy Wheels in Jet Black    –           RM 14,858.00

MINI JCW Pro Roof Décor                                                        –           RM 650.00

MINI JCW Pro Wing Mirror Caps                                              –           RM 690.00

MINI JCW Pro Side Scuttles                                                     –           RM 690.00

batch_MINI JCW Pro Edition (5)

Harga jualan MINI JCW Pro Edition baharu (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tidak termasuk insurans) ialah RM255,888 seunit.

Google ads
Back to top button