Buletin

PROTON SAH AKAN LANCAR PERSONA, SAGA & ERTIGA TAHUN INI

Proton semalam mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan tiga lagi model baharu pada tahun ini. Model yang dimaksudkan itu ialah Persona, Saga dan MPV Ertiga.

Proton Ertiga (2)

“Kami akan melancarkan model Persona pada bulan Ogos. Diikuti oleh Saga pada September dan Ertiga pada bulan Oktober. Dengan pengenalan tiga model baharu ini, kami harap dapat meningkatkan lagi jualan kenderaan Proton,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Ketiga-tiga model tersebut dilihat sangat penting untuk memastikan Proton kekal kompetitif dalam pasaran sedan segmen A dan B. Selain cuba untuk meneroka kategori MPV segmen B. Apatah lagi ketika penguasaan pasarannya dllihat semakin mengecil dan pesaing utamanya baru sahaja melancarkan produk terbaaru mereka.

Untuk laporan ringkas mengenai Ertiga, sila klik di SINI.

Google ads
Back to top button