Buletin

MITSUBISHI TRITON ATHLETE – RM126,990 SEUNIT

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan varian terbaharu trak pikap popularnya, Mitsubishi Triton Athlete.

Varian ini boleh anda miliki pada harga RM126,990 seunit (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans). Ia didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km.

Hadir dalam satu warna iaitu hitam (black mica) sahaja, Triton Athlete memiliki penampilan yang lebih garang dan menarik. Dari astetik, Triton Athlete menggunakan bampar hadapan baharu, gril radiator dengan honeycomb mesh, rim aloi 17 inci berwarna hitam, sports bar serta pelakat hitam dan oren.

Tidak ketinggalan, pemijak sisi,hendal pintu dan spoiler belakang baharu.

Masuk ke dalam kabin, pemandu dialu-alukan dengan kemasan berwarna hitam. Tempat duduk, stereng, tombol gear, kemasan pintu serta konsol tengahnya dibalut dengan gabungan kult hitam dan oren.

Sistem infotainmen pula dipasang dengan ciri Apple Car play.   

Triton Athlete dikuasakan oleh enjin tubo diesel bersesaran 2.4 liter MIVEC. Ia mampu menjana kuasa sehingga 181PS dan tork 430Nm.

Didangkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Thailand, Triton Athlete dilengkapi tujuh beg udara, EBD, BA, kawalan cengkaman, HSA dan TSA. Binaannya dikukuhkan lagi dengan kerangka Mitsubishi Motors Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).  

Sempena pelancaran Triton Athlete, MMM mengadakan siri jelajah ke seluruh negara yang turut melibatkan Duta MMM, Leona Chin. MMM mensasarkan jualan sekitar 40 hingga 50 unit Triton Athlete sebulan. 

GALERI

Google ads
Back to top button