
MKA GROUP DILANTIK PENGEDAR RASMI IPONE DI MALAYSIA
MKA Group dilantik pengedar rasmi jenama Ipone di Malaysia menurut Specialty Lubricants Trading Sdn Bhd yang merupakan prinsipal rasmi jenama itu disini.
Pelantikan MKA Group membuktikan usaha berterusan jenama dari Perancis itu dalam memperkembang operasi di seluruh negara.

Kerjasama terbaru ini bakal menyaksikan Ipone mengukuhkan kedudukan dalam pasaran tempatan dengan memanfaatkan rangkaian pengedaran MKA Group.
“Pengembangan Ipone ke Semenanjung Malaysia melalui MKA Group menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan jenama ini di peringkat tempatan.
“Sebagai sebuah jenama yang sentiasa mengekalkan komitmennya terhadap dunia permotoran, Ipone membawa tenaga unik ke pasaran, yang meraikan prestasi, gaya hidup, serta inovasi,” jelas Pengurus Besar Motul Malaysia, Ravi Shankar.

Pengarah MKA Group turut menyambut baik kerjasama yang dianggap satu langkah signifikan bagi kedua-dua pihak.
“Kerjasama dengan Ipone menandakan satu pencapaian membanggakan bagi MKA Group dengan kini memikul tanggungjawab mewakili jenama yang dipercayai dalam pelincir motosikal ini,” jelasnya.


