Motosikal

RASMI: QJMOTOR ATX 250 X DIUMUMKAN UNTUK PASARAN MALAYSIA – DARI RM12,988

MForce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan skuter adventure 250cc menerusi QJMotor ATX 250 X dengan harga jualan bermula dari RM12,988 bagi versi standard dan RM13,988 bagi versi X. 

Kedua-dua varian dikuasakan enjin satu silinder 249cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 25hp pada 8,000rpm dan 24.5Nm pada 6,500rpm. 

Kelengkapan lain yang tersedia termasuk fork teleskopik depan, penyerap hentak berkembar di belakang, rim 14-inci depan dan 13-inci belakang, cakera brek 240mm depan dan belakang, serta tangki bahan api berkapasiti 12.5L. 

Berat keseluruhan jentera adalah 161kg dengan jarak kelegaan tanah diletakkan pada 120mm. Ketinggian tempat duduk pula hanyalah 780mm sekaligus sesuai untuk penunggang yang tinggi mahupun rendah. 

Menariknya, kedua-dua varian hadir dengan engine guard dan fog lamp secara standard namun varian X dilengkapi dengan rim spoke (lidi) serta top box manakala versi standard menawarkan rim sukan. ABS dan traction control juga didatangkan secara standard.

Google ads
Back to top button