Motosikal

RASMI: KEEWAY BX200I SERTAI ‘PERANG SKUTER’ DI MALAYSIA – DARI RM7,988

Pasaran skuter di Malaysia terus dimeriahkan dengan penyertaan ahli baharu menerusi pelancaran Keeway BX200i baharu yang berlangsung di Taizhou, China sempena MForce Top 68 Dealers Award.

Skuter bersesaran 174cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair itu hadir dengan dua varian; Standard dan SE dengan masing-masing ditawarkan pada harga RM7,988 dan RM8,288

Membezakan kedua-dua varian ini adalah kelengkapan dengan varian SE hadir dengan top box dan warna berbeza. 

Atas kertas, BX200i ini dikuasakan enjin sama yang terdapat pada QJMotor AX200S dan menawarkan 18.2hp pada 8,500rpm dan 17.2Nm pada 6,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi CVT dengan pacuan akhir tali sawat (belt). 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk, fork teleskopik depan dengan jarak gerak 75mm dan penyerap hentak berkembar belakang dengan jarak gerak 65mm. ABS dwi-saluran tuurt didatangkan secara standard dan dipadankan dengan cakera brek 220mm depan dan 220mm belakang. 

Selain itu, turut ditawarkan adalah panel meter digital LCD, sistem penghidup tanpa kunci (keyless), slot pengecas USB Type-C dan dashcam hadapan. Tangki bahan api pula berkapasiti 11L. 

GALERI: KEEWAY BX200i

Google ads
Back to top button