
RASMI: QJMOTOR SRK 450 RR LANCAR UNTUK PASARAN MALAYSIA – 76HP, RM25,888
MForce Bike Holdings bersama QJMotor dengan rasminya melancarkan QJMotor SRK 450 RR untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM25,888.

Pelancaran yang berlangsung di kilang QJMotor di Taizhou, China itu mencuri tumpuan 40 pengamal media Malaysia yang hadir ekoran motosikal empat silinder 450cc itu ditawarkan pada harga yang mampu milik.
Atas kertas, 450 RR ini dikuasakan enjin empat silinder 421cc 16V DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 77.6hp pada 14,000rpm dan 39Nm pada 13,000rpm.

Angka kuasa itu meletakkan SRK 450 RR setaraf dengan Kawasaki Ninja ZX-4R yang turut akan diperkenalkan oleh MODENAS (selaku pengedar rasmi) tidak lama lagi.
Antara kelengkapan yang tersenarai termasuk fork jenis USD di bahagian depan yang dibekalkan Marzocchi, cakera brek berkembar 300mm depan dan 240mm belakang, ABS dwi-saluran dan TCS (traction control). Brek Brembo juga didatangkan secara standard di bahagian depan dan belakang.

Dalam pada itu, perincian lain dinyatakan termasuk:
- ketinggian tempat duduk 808mm
- berat 185kg
- tangki bahan api 16.5mm
- jarak kelegaan tanah 150mm
Menurut MForce, QJMotor SRK 450 RR ini akan tiba di pusat pameran rasmi MForce seluruh negara bermula Januari 2026.







