Motosikal

RASMI: HARGA QJMOTOR SRK 250 RD DIUMUMKAN – RM21,888

Lima tahun lalu, Kawasaki membuat kejutan dengan pelancaran Ninja ZX-25R di Indonesia. Pelancaran motosikal itu menandakan kembalinya sportsbike 250cc dengan unit empat silinder. 

Populariti Ninja ZX-25R terus melambung sehingga ke hari ini sebagai satu-satunya motosikal segmen 250cc yang menawarkan deruman enjin 4-silinder. 

Bagaimanapun, motosikal Ninja ZX-25R bakal menerima pesaing baharu dari China menerusi QJMotor SRK 250 RD yang baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan RM21,888. 

Untuk rekod, SRK 250 RD ini merupakan antara tawaran terbaru QJMotor untuk pasaran global. Motosikal tersebut menawarkan 40hp dan mampu rev sehingga 15,500rpm (sama seperti Ninja ZX-25R). Tork puncak pula hadir pada 22Nm pada 12,500rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan. 

Dalam pada itu, perincian lain ditawarkan termasuk

  • fork depan jenis upside/down
  • cakera brek tunggal 320mm depan dan 240mm belakang
  • tayar 110/70-17 depan
  • tayar 150/60-17 belakang
  • berat 176kg
  • tangki 16L
Google ads
Back to top button