BuletinMotosikal

MOTOGP SEPANYOL: SESI LATIHAN BEBAS, HAFIZH TIDAK BERMULA DENGAN BAIK

Kecederaan akibat kemalangan sewaktu berbasikal pada Isnin lepas nampaknya memberi kesan kepada konsentrasi tunggangan pelumba harapan negara. Hafizh Syahrin ternyata bergelut pada sesi latihan bebas FP1 dan FP2 di litar Jerez, Sepanyol lewat petang semalam.

“Saya rasa motosikal berada dalam keadaan sangat baik, tetapi keadaan saya tidak 100 peratus cergas (akibat dari kemalangan basikal).

Hafiz hanya berada di kedudukan tempat ke 24 selepas berakhirnya sesi latihan bebas semalam. Beliau mencatat masa 1โ€™40.488 dalam 32 pusingan di litar Jerez.

“Saya masih merasakan kesakitan di sebelah kiri kaki. Saya cuba untuk dapatkan keyakinan menerusi terhadap jentera M1 dan cuba mencari posisi yang terbaik di atasnya.

“Kecederaan kelmarin sedikit mengganggu saya untuk mengawal motosikal. Buat masa ini, saya perlu lebih bersedia dan cuba berehat secukupnya dan memberi yang terbaik pada hari esok (hari ini) “

Google ads
Back to top button