
YAMAHA MX KING 150 EDISI PRAMAC RACING LANCAR DI INDONESIA – HANYA 2,000 UNIT
Yamaha Motor Indonesia telah pun melancarkan Yamaha MX King 150 edisi Prima Pramac Racing.
Menurut laporan rakan media di Indonesia, hanya 2,000 unit MX King 150 Prima Pramac Racing Edition dihasilkan untuk pasaran negara itu dengan harga jualan INR29.9 juta (RM6.7k).

Menariknya, MX King 150 Edisi Pramac Racing itu dihasilkan sempena meraikan pelumba baharu, Toprak Razgatlioglu, yang membuat debut di MotoGP musim ini.
Seperti kebiasaan, edisi Prima Pramac Racing ini hanya dibezakan dengan liveri dan grafik sahaja dengan MX King 150 standard.

Atas kertas, MX King 150 ini kekal dikuasakan enjin satu silinder 149.79cc SOHC yang berupaya menjana 15hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 5-kelajuan.
Untuk rekod, Yamaha MX King 150 lebih dikenali sebagai Yamaha Y1ZR di Malaysia.
GALERI: YAMAHA MX KING 150 PRIMA PRAMAC RACING EDITION


















