Motosikal

MOTOGP GEGAR KUALA LUMPUR, TARIK 20,000 PEMINAT

Seramai 20,000 peminat MotoGP memeriahkan Pelancaran MotoGP yang pertama kalinya berlangsung di Kuala Lumpur. 

Jalan utama di hadapan Menara Berkembar Petronas dihiasi deruman jentera MotoGP oleh setiap pasukan yang bakal bertanding musim ini. 

Antara yang mencuri tumpuan adalah jentera Desmosedici GP yang ditunggangi pertahan juara, Marc Marquez dan Francesco Bagnaia. 

Meskipun dilanda hujan lebat sebelum itu namun senario itu tidak mematahkan semangat peminat MotoGP tanah air untuk terus memenuhi bahu jalan bagi menyaksikan idola mereka dengan lebih dekat. 

Setiap pasukan keluar satu demi satu (masing-masing dengan dua pelumba) melintasi KLCC menuju ke pentas utama. Bagaimanapun, acara pada Sabtu tidak dapat disertai Fabio Quartararo dan Fermin Aldeguer ekoran sedang pulih dari kecederaan. 

Musim 2026 akan membuka tirai di Litar Buriram pada 27 Februari ini bermula dengan aksi kelayakan. 

Google ads
Back to top button