Buletin
MPV BAJET MITSUBISHI XM – BAWAH RM61,000!
Mitsubishi dijadual memperkenalkan model MPV terbaharunya pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show 2016.
Bakal berlangsung minggu hadapan (krew Mekanika Malaysia akan pergi ke sana), model yang dikenali sebagai Mitsubishi XM itu dijangka muncul dalam tempoh setahun lagi.
Diposisikan sebagai MPV mampu milik, XM dikatakan dijual pada harga bawah Rp 200 juta (RM61,000) seunit. Unit pemasangan tempatan itu akan bersaing secara langsung dengan Toyota Avanza, Daihatsu Xenia, Suzuki Ertiga dan Honda Mobilio.
Model MPV crossover XM didakwa menggunakan pacuan roda belakang, sama seperti Toyota Avanza. Biarpun kompak, XM memiliki kapasiti tempat duduk yang selesa untuk tujuh orang penumpang.