Buletin

NABIL KECUNDANG. SHAWN TEWASKAN SHUKRI YAHYA!

Juara tahun lalu Shawn Lee dan Tengku Djan Ley mempamerkan aksi terbaik mereka di musim ketiga Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival dan Toyota Vios Challenge yang sedang diadakan Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium Kuala Terengganu.

Selepas berentap dengan pelumba amatur dalam musim ke 2 dalam kelas Sporting, Shawn dan pelakon Shukri Yahaya antara yang menyerlah di trek dalam kelas kelas Promosi untuk selebriti.

Sementara itu, Tengku Djan berpuashati dengan kemunculan semula di tempat kedua dalam kelas Profesional. Beliau merupakan juara kelas Super Sporting dalam Musim 1.

Perlumbaan diadakan di litar sepanjang 1.65km yang dibina khas, Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) dan Toyota Vios Challenge adalah siri perlumbaan jalan utama Malaysia.

PROMOTIONAL CLASS

“Ia adalah satu perlumbaan yang menarik sehingga kerana Shukri berjaya merapatkan jurang itu dan itu membuat saya bimbang sama ada dia cukup dekat untuk cuba memintas saya. Pada masa yang sama saya cuba untuk tetap tenang dan tidak membuat sebarang kesilapan yang boleh menjejaskan saya pada dua pusingan dari akhir, “kata Shawn.

“Saya satu pertarungan yang sengit bersama Shukri dan saya benar-benar teruja.”

Walaupun mencatat masa terpantas dalam pusingan kelayakan, Shukri Yahya gagal memanfaatkan kedudukan selepas kehilangan posisi di belakang Shawn ke selekoh pertama.

“Saya membuat kesilapan di sudut pertama dan sejak itu terpaksa bersaing dengan Shawn Lee. Perbezaan masa meningkat sehingga 4 saat di belakang beliau pada satu peringkat tetapi pada akhirnya saya berjaya merapatkan jurang itu tetapi saya tidak mahu ambik risiko memintas beliau kerana ada perlumbaan kedua untuk esok, “kata Shukri .

Di tempat ketiga adalah pelakon juara kelas Promosi tahun lalu, Diana Danielle yang mendapat podium walaupun berada beberapa saat di belakang. Beliau bernasib baik kerana Nabil Ahmad melanggar penghalang konkrit dan terkeluar dari perlumbaan.

Juga terkeluar dari pesaingan ialah Syafiq Kyle manakala Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Janna Nick dan Ain Edruce masing-masing menduduki tempat keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan.

KEPUTUSAN

PROMOTIONAL

  1. Shawn Lee
  2. Shukri Yahaya
  3. Diana Danielle
  4. Khai Bahar
  5. Nabila Razali

SPORTING

  1. Kenneth Koh                    Panglima City Racing
  2. Clement Yeo                    Distinctive Model
  3. Dato’ Ken Foo                  Kulim Topwheels
  4. Hayden Haikal                 S&D Motorsports
  5. Wong Chin Eeg                Hiewa Racing Team

SUPER SPORTING

  1. Mark Darwin                    Laser Motor Racing
  2. Tengku Djan Ley              23 Motors
  3. Brendon Lim                    Tedco Racing
  4. Kenny Lee                         Kegani Racing
  5. Freddie Ang                      Telagamas Toyota

GALERI

Google ads
Back to top button