Buletin

LAMBORGHINI KE-SIAN. 819HP! SUPERCAR LAMBO PALING BERKUASA DALAM SEJARAH!

Jangan kesian. Ini kereta yang tiada belas kasihan. Semalam Lamborghini mendedahkan imej pertama Lamborghini Sian sempena pertunjukan Frankfurt Motorshow yang akan berlangsung bulan depan.

Ia dikuasakan enjin 6.5 liter N.A V12 seperti SVJ. Tapi nanti dulu, Sian digandingkan dengan sebuah motor elektrik berkuasa 47volt yang menghasilkan ekstra 35 kuasa kuda.

Itu menjadikan kuasa keseluruhannya ialah819 kuasa kuda dan itu juga menjadikannya Lamborghini paling berkuasa dalam sejarah penubuhan syarikat Itali ini.

Kuasa ini disalurkan ke permukaan jalan menerusi kotak gear automatik tujuh kelajuan dengan mod adaptif bergantung pada corak pemanduan dan ia memacu kesemua roda dengan pengunci diff belakang mekanikal.

Ia mampu memecut dari 0-100km/j pada masa cuma 2.8 saat dan kelajuan maksimumnya dihadkan secara elektronika pada 350km/j. 

Dari segi rekabentuk, Sian banyak meminjam dari Terzo Millennio. Lampu belakang dengan enam biji LED heksagon memang luar biasa bentuknya.

Lamborghini terpantas harus diterjemahkan secara visual dan simfoni yang luar biasa dan istimewa untuk dipandu, “kata Mitja Borkert, Ketua Reka Bentuk di Lamborghini.

Ia mengambil inspirasi daripada Countach, tetapi rekabentuknya adalah ikon futuristik, tidak retrospektif.”

Dan jika anda tertanya-tanya tentang lencana ’63’ pada sirip karbon kecil di bahagian belakang, ia menunjukkan jumlah model Lamborghini Sian yang akan dibina. Hanya 63 pelanggan bertuah akan mendapat peluang untuk membeli Sian pada harga permulaan sebanyak USD3.6 juta – sebenarnya, kesemua 63 unit tersebut sudahpun habis dijual.

 

 

Google ads
Back to top button