Buletin

TOYOTA GAZOO RACING FESTIVAL KEMBALI ‘BUKA PINTU’ KEPADA KHALAYAK UMUM PADA 25-26 JUN INI

Toyota Gazoo Racing Festival kembali membuka pintu kepada khalayak umum bermula 25 hingga 26 Jun ini di Litar Antarabangsa Sepang selepas dua tahun diadakan secara tertutup.

Festival selama dua hari itu akan diadakan secara besar-besaran dan menarik selepas pelumbaan Cabaran Vios ‘berehat’ kepada khalayak umum berikutan pandemik Covid-19.

Cabaran Vios yang memasuki musim kelima bakal menampilkan selebriti tempatan, pemandu muda, amatur dn profesional dalam mempersembahkan kemahiran masing-masing mengendali jentera Toyota.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata pihaknya sangat teruja kerana dapat mengalu-alukan semula kehadiran orang ramai ke Festival dan Pusingan ke-2 Cabaran Vios pada tahun ini.

“Pelbagai aktiviti menarik direncanakan untuk orang ramai malah para peminat permotoran yang ingin membawa keluarga dalam memeriahkan lagi festival kali ini.

“Ini adalah festival untuk semua golongan lapisan masyarakat negara ini. Ia adaah satu platform terbaik untuk Toyota meraikan orang ramai serta terima kasih atas sokongan berterusan terhadap jenama ini.

“Selain itu, penganjuran festival merupakan peluang terbaik mengembalikan perayaan dan aktiviti untuk rakyat selepas dua tahun melawan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau memberitahu, untuk perlumbaan, Cabarn Vios berterusan menyediakan kemasukan berpatutan untuk perlumbaan kompetitif dan sama rata menerusi format one-make, serta pelbagai kelas untuk pelumba muda, amatur, professional dan selebriti tempatan.

Toyota GAZOO Racing Festival musim kelima menampilkan tiga pusingan dengan jumlah perlumbaan adalah sebanyak enam kali, di mana pusingan ketiga pula bakal diadakan pada bulan September ini.

Dalam empat musim lalu, acara tahunan itu berjaya meraih tontonan lapan juta pengunjung dan penonton dalam talian, dengan capaian media sosial melebihi 19 juta menjadikannya salah satu acara permotoran domestik paling banyak ditonton.

“Inilah apa yang kami maksudkan dengan perlumbaan rakyat, ia bukan sahaja bertujuan untuk mengubah dinamik sukan permotoran tempatan.

“Bahkan,  menjadi sebuah acara untuk meraikan rakyat dan dalam masa yang sama mampu menarik minat mereka untuk mempelajari, memahami dan menghargai sukan permotoran seperti yang kita buat terhadap acara sukan tradisional seperti bola sepak dan badminton,” jelasnya lagi.

Orang ramai perlu mendaftar kehadiran terlebih dahulu untuk mendapatkan akses masuk di laman web Toyota GAZOO Racing Malaysia di www.toyota.com.my/tgrmalaysia

Google ads
Back to top button