Buletin

NAZA KIA BUKA RED CUBE DI RAWANG

Pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia) membuka cawangan Red Cube kelimanya di Rawang, Selangor semalam. 

Kia-Red-Cube-Rawang-mekanika (2)

Pusat 4S Kia Red Cube Rawang 4S itu berkeluasan 37.314 kaki persegi. Ia boleh mempamerkan sehingga enam kereta dan mempunyai 21 ruang penyelenggaraan yang mampu menyelenggara sehingga 50 unit kenderaan sehari.

Terletak di Lot 605, Batu 20, Jalan Rawang, 48000 Rawang, Selangor, ia menetapkan sasaran jualan sebanyak 60 unit kenderaan Kia sebulan.

“Sebagai pusat 4S kedua di Lembah Klang, Kia Red Cube Rawang akan memenuhi keperluan para pelanggan di kawasan Rawang, Selayang, Sungai Buloh dan Tanjung Malim,” kata Ketua Pegawai Operasi Naza Kia, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar.

Kia-Red-Cube-Rawang-mekanika (3)

Naza Kia telah melabur sebanyak RM11 juta ke atas pusat 4S ini yang tampil dengan Identiti Ruang Global Kia yang baru. Beberapa hari sebelum ini, Naza Kia membuka Red Cube pertamanya di Johor Bahru.

“Kami fokus untuk meningkatkan jualan kepada 11,300 unit kenderaan pada tahun 2014. Berada di suku keempat tahun ini, kami telah mencapai 68 peratus daripada sasaran tersebut,” tambah Abdull Hafiz.

Kia-Red-Cube-Rawang-mekanika (4)

Pelancaran itu turut diserikan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Program Kesetiaan Pelanggan Kia – Kia Go-Xtra Campaign 2014. Para pemenang hadiah utama ialah Sharifah Hanita Syed Ahmad (Forte), Phang Tien Fon (Rondo) dan Mohamad Munir Bin Tajudin (Sportage). Mereka semua berpeluang bercuti Seoul, Korea Selatan selama lima hari empat malam. Selain melawat kilang Kia dan pusat R&D.

Untuk menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu menyelenggara kenderaan Kia mereka di pusat servis sah bermula dari 9 Jun hingga 9 Ogos 2014. Mereka kemudian diberi borang untuk diisi dan hantar. 50 finalis juga perlu menghantar foto paling kreatif dengan kenderaan Kia masing-masing.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button