Buletin

NISSAN JUKE GEN KE-2 DIJANGKA DIPRODUKSI TAHUN DEPAN

Nissan dilapor akan menggantikan crossover kompaknya, Juke dengan model  yang mempunyai reka bentuk berani, tersenfiri dan berbeza daripada Juke sebelum ini.

Direka di studio rekaan Nissan di London, jentera tersebut dikatakan sudah bersedia untuk melakukan debut di sebuah motor show dan akan memasuki produksi pada tahun depan.

“Juke baharu tidak kelihatan terlalu hampir dengan yang lama. Ia juga tidak kelihatan seperti model konsep IMx atau LEAF baharu. Apa pun, jentera ini mempunyai reka bentuk yang menarik perhatian,” kata Ketua Reka Bentuk Global Nissan, Alfonso Albaisa.

Albaisa juga menafikan khabar angin bahawa model gantian Juke telah dinilai dan dihantar kepadanya untuk direka semula.

Generasi pertama Juke diperkenalkan pada acara Geneva Motor Show 2010 dan membantu meningkatkan populariti crossover bersaiz kecil.

Dari segi jualan pula, Juke mendapat maklum balas positif di pasaran Eropah dengan lebih 100,000 unit berjaya dijual setiap tahun. Menjelang tahun 2022, jualan Juke dijangka mencecah 1.13 juta unit.

Juke baharu dikatakan bakal dibina di atas platform V, hasil pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi yang turut digunakan untuk menghasilkan model Renault Clio serta Nissan Micra.

Jentera itu bakal menggunakan enjin petrol aspirasi biasa serta enjin turbo tiga silinder (898cc) dan empat silinder bersesaran 1,197cc. Dipasang pada Micra dan Qashqai sekarang, enjin itu mampu menjana kuasa 89hp dan 114bhp.

Enjin diesel 1.5 liter berkuasa 109hp dengan pacuan empat roda juga ditawarkan sebagai versi paling tinggi.

Dunia telah menunggu Juke baharu agak lama. Malah, beberapalaporan sebelum ini menyebut Juke baharu sepatutnya dilancar pada tahun 2017, tetapi ia senyap sahaja tanpa diketahui apa sebabnya.

Google ads
Back to top button