Buletin

GOLONGAN MILLENNIAL BELI KERETA MAHAL UNTUK MENUNJUK DI FB, INSTA – KAJIAN

Satu kajian yang dijalankan oleh Admiral Loan mendapati bahawa golongan muda atau dikenali sebagai millennial membeli kenderaan mewah untuk menunjuk-nunjuk.

Golongan muda dilihat cenderung untuk mendapatkan pinjaman dan membeli kereta mahal walaupun mereka tidak mampu membelinya.

Admiral Loan bertanya kepada kumpulan milennial (berusia 19-36 tahun) dan Generasi X (37-64 tahun) untuk melihat bagaimana tekanan sosial dan sosial media mempengaruhi pembelian kereta.

Hasilnya, kebanyakan millennial membeli kereta yang mereka tidak mampu untuk menunjuk atau mahu meniru golongan influencers atau selebriti yang dipuja. Mereka juga sanggup menghabiskan separuh daripada gaji bulanan atau membuat pinjaman untuk memiliki kereta idaman.

Hanya peratusan kecil responden muda menyatakan rakan-rakan mempengaruhi keputusan membeli kenderaan.

Antara senarai kereta idaman kelompok ini ialah Audi R8, Ford GT dan BMW i8. 22 peratus responden mengaku kereta idaman tersebut diinspirasi daripada yang mereka lihat di Facebook. Manakala 16 eratus lagi mendedahkan mereka membuat pembelian kerana Instagram.

Ringkasnya, apabila membeli kenderaan, aspek praktikaliti atau logik akal tidak diambil kira. Apa yang lebih penting mereka boleh meniru selebriti, walaupun mungkin akan terjebak dalam masalah hutang yang serius.

Google ads
Back to top button