Buletin

NISSAN NAVARA N-TREK – MAHU LAWAN RANGER RAPTOR DI AUSTRALIA, BERMULA RM161K

Berikutan populariti model Silverline dan Navara Black Edition tahun lalu, Nissan Australia memperkenalkan satu lagi edisi terhad trak pikap berkenaan.

Dibina berasaskan kepada varian Dual Cab 4×4 ST-X yang telah dinaik taraf baru-baru ini, varian N-Trek merupakan model teratas. Ia dilengkapi pelbagai aksesori dan alat ganti tulen berwarna hitam selain penambahbaikan pada ruang kabin.

Bahagian luaran tampil dengan rim aloi bersaiz 18 inci, fascia hadapan dengan kemasan berwarna oren, gril hadapan, perumah lampu kabus, bampar belakang, fender, sports bar aloi, roof rails, pemijak sisi perumah dan cermin sisi berwarna hitam.

Tidak ketinggalan, pelekat badan dan lencana N-Trek. Navara N-Trek juga menerima naik taraf baru di ruang dalam seperti tempat duduk kulit bersama kemasan oren pada tempat duduk, konsol tengah, perehat tangan dan stereng. Manakala tempat duduknya kini boleh dilaras secara elektrik dan disertakan dengan ciri pemanas untuk kerusi hadapan.

Model edisi khas itu juga dipasang dengan sistem Alliance In-Vehicle Infotainment (AIVI) baharu. Ia terdiri daripada sebuah skrin sentuh berwarna 8.0 inci, antara muka dan menu baru. Selain ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Bukan itu sahaja, trak pikap tersebut dilengkapi sistem Bluetooth, penstriman audio, pendingin hawa dua zon, kunci pintar, butang penghidup enjin dan navigasi satelit.

Dari segi keselamatan pula, N-Trek didatangkan dengan kamera undur, sensor parkir,monitor360 darjah, Hill Start Assist (HSA), Hill Descent Control (HDC) differential lock belakang elektronik dan banyak lagi.

Navara N-Trek hadir dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan dan automatik 7-kelajuan bersama enjin 2.3 liter twin turbo yang mampu menghasilkan kuasa 188hp dan tork 450Nm.

Harga pula bermula AU$56,450 (RM161,000) seunit.

Google ads
Back to top button