BuletinMotosikal

BILA KONVOI HARLEY DAN DUCATI BERGABUNG…

Pernah tengok konvoi Harley dan Ducati bergabung? Satu jenama Amerika sejati, satu pula jenama Itali premium. Kedua-duanya motosikal dari genre berbeza. Satu cruiser, satu lagi jenis port.

Namun pada minggu lepas, kedua kelab Harley-Davidson Owners Group PJ (HOG PJ) dan Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) bersepakat mengadakan konvoi singkat. Jalan-jalan cari makan. Jemputan yang kami terima saat akhir juga pening nak decide sebab kebanyakan dah ada plan sendiri.

Namun bila diberitahu kami akan menunggang Moto Guzzi V85 baru dan bergandingan bersama motosikal Harley dan Ducati best juga kan?

Lokasi pengembaraan kali ini ialah Tanah Aina Fareena di Kampung Temiang, Karak.

Kat mana tu?

Begini. sebenarnya Abang Japar pun baru tahu tempat ni walaupun berpuluh tahun lalu Highway Karak. Dekat sangat dari BHP tol Gombak dan tempatnya sangat tenang, cantik dan mendamaikan. Ada restoran dalam hutan, air sungai mengalir dan juga makanan yang sedap.

Konvoi bermula dari Ibu Pejabat Harley Davidson PJ di Gasket Alley Petaling Jaya. Pemilik Harley bersama media berkumpul di sini bersama pihak media sebelum bergerak pada jam 9.30 pagi.

Pihak media disediakan dengan motosikal Moto Guzzi V85TT yang baru dilancarkan bulan lepas. Kali ini, kami diberi peluang menunggang motosikal di jalanraya biasa. Berbeza ketika dilancarkan di Rimba Raid, Janda baik yang mana ujian berlangsung di jalan off-road.

Konvoi melalui lebuhraya Kerinchi Link, masuk ke Cheras, MRR2 dan berhenti di stesen minyak BHP selepas tol Karak.

Dari sini, kami berkumpul semua dengan kelab Ducati Malaysia (DOCM) dan terus menuju ke lokasi. Seperti biasa, nama je konvoi. Ducati pecut sampai tak nampak lampu brek. Motor Harley Davidson macam biasa, slow and steady menikmati keindahan alam dan kami semua tiba di lokasi kira-kira jam 12 tengahari.

Peserta dihidangkan dengan makanan tengahari dan lebih menarik ada jamuan buah durian kampung. Sambil rehat-rehat menikmati keindahan alam berborak beramah mesra dengan kelab dan geng motosikal sampai mata pun layu dibuatnya.

Lebih kurang jam 1 petang, konvoi bernasur pulang. Laluan balik bebas tak ikut konvoi. Ada yang berpecah naik Genting Highland, ada yang sambung di Lemang To’ki.

GALERI

Google ads
Back to top button