Buletin

NISSAN LEAF BAHARU, AKSES KEPADA EV PERTAMA ANDA!

Setelah lama dihebahkan tentang kehadiran Nissan LEAF, Edaran Tan Chong Motors selaku pemasang dan pengedar kereta penumpang Nissan akhirnya melancarkan model elektrik ini di pasaran tempatan.

Penawaran ini harus dipuji kerana ETCM sebenarnya konsisten dalam kempen kenderaan elektrik (EV) apabila turut menawarkan LEAF generasi pertama pada tahun 2011.

Tugas ini tidak mudah kerana EV walaupun turut pernah ditawarkan oleh pengeluar lain di pasaran tempatan kekal sesuatu yang baharu buat pengguna tempatan.

Nissan melalui ETCM perlu mendidik pasaran, membina ekosistem seperti pusat pengecasan dan mewujudkan hubungan berpanjangan supaya EV boleh diterima baik oleh pengguna. Paling penting supaya pelanggan LEAF yang merupakan early adopters kekal percaya dengan EV dan mempengaruhi lebih banyak pengguna lain.

Di peringkat global, usaha ini sudah membuahkan hasil apabila LEAF adalah model EV terlaris dunia dengan jualan sudah melebihi 400,000 unit sejak generasi pertama dilancarkan pada tahun 2010.

Kempen Nissan dibawa rapat ke pasaran ASEAN apabila LEAF diperkenalkan di Thailand pada Disember 2018 dan kini di negara kita pula.

Jadi apa istimewanya tentang LEAF ini? Jawapan paling mudah ialah anda tidak perlu bersusah payah lagi ke stesen minyak kerana ia menggunakan bateri sepenuhnya.

Mungkin ada yang mempersoalkan LEAF tetap perlu dicas untuk membekalkan tenaga dan ia memakan masa.

Percuma poin pengecasan dengan setiap pembelian

Pertama sekali usah risau kerana setiap pembelian LEAF, anda akan dibekalkan sekali dengan poin pengecasan yang boleh dipasang di mana-mana sahaja mengikut pilihan sama ada di rumah atau pejabat.

Kedua, selain daripada poin pengecasan yang dibekalkan kini terdapat parkir khas untuk kenderaan EV seperti di pusat membeli belah dan lokasi terpilih.

Ketiga, LEAF dibekalkan dengan bateri lithium-ion berkapasiti 40kWh. Tenaga itu mencukupi untuk pemanduan dengan jarak sehingga 311 kilometer berdasarkan standard ujian NEDC (New European Driving Cycle).

Konsepnya mudah, balik ke rumah cas dahulu LEAF anda semalaman dan keesokan hari pergi ke tempat kerja seperti biasa. Jika perlu bergerak sekitar bandar atau mempunyai temu janji, jarak 311 kilometer tersebut masih memadai sehingga anda pulang ke rumah dan cas kembali.

Pada hujung minggu pula, gunakan LEAF anda untuk ke pusat membeli belah dan gunakan sahaja parkir yang tersedia dengan poin pengecasan bagi mencukupkan tenaga elektrik diperlukan.

Semasa peringkat awal mungkin terasa janggal namun alah bisa tegal biasa kerana anda tidak perlu mengunjungi stesen minyak secara kerap atau memikirkan tentang harga bahan api.

Berikut ialah lokasi pengecasan untuk Nissan LEAF:

  • Wallbox Charger 6.6 kW – pengecasan penuh mengambil masa tujuh jam
  • CHAdeMO 50 kW – hanya perlukan 60 minit untuk pengecasan penuh melalui kaedah pengecasan pantas.

Terdapat beberapa lokasi pusat pengecasan pantas dan boleh digunakan secara percuma seperti berikut:

  • Subang Jaya – ABB Malaysia Sdn Bhd
  • Bandar Baru Bangi – Nichicon (Malaysia) Sdn Bhd
  • R&R Ayer Keroh (Arah Selatan)
  • ETCM – 17 lokasi di seluruh negara dan bakal ditambah pada masa akan datang

Reka bentuk menawan, canggih dengan e-Pedal dan teknologi keselamatan

Selain praktikaliti pengecasan, LEAF generasi kedua ini tampil dengan reka bentuk moden dan menawan. Tiada perbezaaan di antara kereta penumpang tradisional di mana LEAF tampil dengan konsep bahagian depan V-motion dan lampu belakang bumerang yang merupakan identiti model Nissan terkini.

Bahagian dalaman pula tampil kemas dan hadir tanpa perbezaan ketara dengan model jalanan lain. Namun sebagai EV, LEAF mempunyai keunikan tersendiri bila mana anda hanya perlu menggunakan satu pendikit untuk pelbagai fungsi seperti memecut, memperlahankan dan juga menghentikan kereta.

Teknologi ini dinamakan sebagai e-Pedal. Untuk menambah kelajuan, tekan pendikit seperti biasa dan apabila mahu perlahan atau membrek angkat kaki dengan cermat dan seterusnya kereta akan perlahan dan berhenti sepenuhnya.

Jika anda masih belum biasa atau mahu fungsi pendikit dan brek seperti biasa, nyah aktifkan fungsi e-Pedal pada konsol tengah.

Selain fungsi canggih, LEAF turut membawakan teknologi pemanduan dan keselamatan Nissan Safety Shield 360  seperti yang dilengkapi pada kereta mewah.

Berikut ialah kelengapan keselamatan dan bantuan pemanduan yang dilengkapi standard pada Nissan LEAF:

  • Enam beg udara
  • Kerusi ISOFIX dengan cangkuk atas
  • Sistem brek regeneratif, Intelligent Trace Control, Intelligent Ride Control dan Intelligent Driver Alertness
  • Amaran Pelanggaran Depan Pintar dengan Brek Kecemasan Pintar
  • Sistem Brek Anti Kekunci, Electronic Brake Force Distribution (EBD), Bantuan Brek, Bantuan Mula Daki, Kawalan Dinamik Kenderaan
  • Monitor Keliling Pintar dengan Pengesanan Objek Bergerak

Pemanduan berprestasi dan senyap tanpa bunyi enjin

Bercakap tentang pemanduan pula atau yang curious dengan keupayaan LEAF berbanding kereta tradisional, usah risau kerana sebagai sebuah EV, kereta ini mempunyai daya pecutan serta merta kerana kuasa dibekalkan oleh bateri.

Kuasa motor elektrik tunggal yang dibekalkan ialah setinggi 150 PS dengan daya kilas 320 Nm! Daya kilas tersebut sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding enjin pembakaran dalaman bersesaran 1600 cc dengan pengecas turbo.

Pecutan dari 0 hingga 100 km/j pula hanya memerlukan 7.9 saat manakala kelajuan maksimum (dihadkan) ialah 150 km/j.

Ujian pecutan semasa pandu uji menunjukkan LEAF berjaya memintas Nissan Fairlady 370Z pada permulaan pecutan di laluan berjarak 50 meter.

Berkenaan ruang dalaman dan keselesaan, ini lah kereta yang tidak menghasilkan bunyi memandangkan tiada enjin dan ekzos. Pemanduan terasa senyap dek faktor tersebut dan bateri ditempatkan di lantai kereta.

Posisi bateri tersebut sebenarnya membantu dalam menjadikan pemanduan dan pengendalian LEAF terasa jitu di samping talaan suspensi.

Dari segi ruang but untuk anda pulang ke kampung atau menjelajah negeri, saiz dengan kerusi ditegakkan ialah 435 liter dan meningkat kepada 1,176 liter apabila kerusi dengan pisahan 60/40 direbahkan ke bawah.

Standard untuk LEAF ialah kerusi balutan kulit untuk penampilan lebih premium dan praktikal untuk pemilik berkeluarga.

Pakej pembelian menarik dengan penggunaan model Nissan lain secara percuma

Untuk memiliki Nissan LEAF, bayaran diperlukan ialah RM188,888 dan harga tersebut termasuk poin pengecasan yang boleh dipasang di rumah atau lokasi pilihan pembeli.

Menjadikan pembelian lebih menarik apabila ETCM turut menawarkan pakej New Nissan LEAF Owners’ Privilege di mana pembeli boleh menggunakan salah satu daripada tiga buah model Nissan iaitu X-Trail, Navara atau Serena untuk tempoh 23 hari dalam masa setahun selama tiga tahun.

Kemudahan seperti ini boleh digunakan jika anda perlu memandu jauh seperti ke luar kota dan sebagainya dan memberi nilai tambah dalam pemilikan sebuah EV.

Dari segi jaminan, bateri lithium-ion didatangkan dengan lapan tahun waranti atau jarak perbatuan 160,000 km manakala waranti umum ialah selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 km. 

Pemilik juga ditawarkan dengan tiga tahun penyelenggaraan percuma atau sehingga jarak perbatuan 60,000 km.

Jika hati sudah berkenan atau sudah lama mengintai untuk memiliki EV, LEAF hadir dengan pakej menarik dan anda boleh merasainya dengan memandu uji di bilik pameran ETCM.

LEAF adalah lambang kepada trend masa depan dan memiliki kereta elektrik adalah sensasi yang mengujakan!

*Jaminan tertakluk kepada yang mana dahulu sama ada tahun atau jarak perbatuan.

Google ads
Back to top button