Buletin

ALAMI KERUGIAN 98.5% PADA Q1, NISSAN BAKAL BUANG 12,500 PEKERJA

Nissan Motor Co. dilapor akan membuang 12,500 orang pekerjanya di seluruh dunia menjelang tahun 2022 dalam usaha mengurangkan kos operasi. 

Langkah itu diambil berikutan angka jualan yang kian merudum selain cuba untuk bangkit selepas skandal bekas pengerusinya, Carlos Ghosn meletus. 

Pengeluar kenderaan No. 2 Jepun itu melaporkan kerugian operasi sebanyak 98.5 peratus kepada 1.6 bilion yen (RM61 juta) pada suku pertama tahun ini. Sementera pendapatan bersih jatuh 95 peratus kepada 6.4 bilion yen (RM244.3 juta) dalam tempoh April-Jun. 

Perolehan Nissan juga jatuh 13 peratus kepada 2.37 trilion yen (RM90.5 juta) dalam masa tiga bulan dengan jumlah jualan menurun 6.0 peratus kepada 1.23 juta kenderaan. 

Nissan juga akan mengurangkan kapasiti produksi model lama sebanyak 10 peratus. Justeru, ia bakal memperkenalkan lebih 20 model baharu termasuk Juke dan Murano dalam tempoh tiga tahun.  

Pada masa yang sama, Nissan dilihat bergelut untuk kekal relevan di Amerika Utara, salah satu pasaran utamanya. Ia cuba untuk meningkatkan jumlah jualan dengan memberi diskaun besar berbanding para pesaingnya. 

“Nissan memang berdepan krisis. Pengurusan huru-hara, wujud banyak tekanan untuk penstrukturan semula dan paling penting sekarang ialah mengurangkan pekerja,” kata seorang penganalisis daripada SBI Securities Co., Koji Endo. 

Google ads
Back to top button