Buletin

NISSAN NV300 CONCEPT, ADA BENGKEL KAYU DI DALAM

Kerjasama Perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi memang luas. Kerjasama tersebut bukan sahaja melibatkan perkongsian enjin dan platform tetapi juga model komersil.

Ia lebih jelas di Eropah dan ini boleh dilihat melalui van komersil Renault Trafic yang dijenamakan semula sebagai Nissan NV300.

Van ini bukan sahaja digunakan untuk Nissan tetapi pelbagai model lain seperti Vauxhall Vivaro, Fiat Talento dan Mitsubishi Express.

Nissan NV200 yang dipasarkan di negara kita adalah adik kepada NV300 dengan saiz lebih besar.

Jika Renault Trafic dijenamakan kepada Nissan NV300, menariknya NV200 tidak ditimbal semula sebagai Renault.

Lebih menarik apabila NV200 dijenamakan semula sebagai Chevrolet City Express, Mitsubishi Delica D:3 dan Ashok Leyland Stile.

Memandangkan Nissan NV300 ini saiznya besar maka kreativiti pun turut besar.

Nissan telah mengubahsuai bahagian kargo NV300 kepada bengkel kerja kayu untuk dipertontonkan di Pameran Kenderaan Brussels di Belgium

Nissan NV300 Concept-van ini dibangunkan dan diubahsuai dengan kerjasama Studio Hardie yang merupakan studio reka bentuk terkenal British.

Dalam ruang kargo NV300 memang banyak barang pertukangan yang disediakan dan ia disusun elok dalam kabinet dan laci.

Satu lagi kelengkapan menarik ialah bateri mudah alih yang dipanggil Nissan Energy ROAM.

Bateri kalis cuaca ini mempunyai kapasiti storan 700Wh dan output kuasa maksimum 1kW dan boleh digunakan untuk pelbagai mesin berkuasa.

Nissan Energy ROAM juga jawapan kepada mereka yang prihatin tentang alam sekitar.

Pek baterinya diambil daripada Nissan LEAF yang boleh digunakan semula. Ia boleh dicas menggunakan aksesori solar panel yang dipasangkan di atas bumbung NV300 ini.

Memang menjimatkan sebab tidak perlu gunakan tenaga elektrik daripada punca konvesional.

Nissan NV300 Concept-van ini idea yang begitu menarik dan sesuai sekali untuk mereka yang bekerja dalam bidang perabot atau kabinet.

Boleh bawa ke tapak bina dan jika ada sebarang ubahsuai perabot atau aduan daripada pelanggan boleh terus buat di situ.

BACA: VAUXHALL VIVARO LIFE, ADIK SEPUPU VAN TOYOTA PROACE

BACA: TAHUKAH ANDA NISSAN ALMERA (VERSA) MASIH DIJUAL DI AS

Google ads
Back to top button