NISSAN SERENA J IMPUL SERBA BAHARU – 150HP, HARGA BERMULA RM169K
Nissan Serena J IMPUL serba baharu kini tiba di pasaran Malaysia dengan penampilan mewah serta lebih bergaya berbanding sebelum ini.
Serena J IMPUL baharu direka bentuk berdasarkan Pakej Premium Highway Star dengan sentuhan penala terkenal, IMPUL Jepun, sekali gus ia kelihatan lebih sporty.
Di bahagian hadapan, model ini menerima hiasan krom untuk menyerlahkan lagi profil agresif bampar hadapan termasuk gril hadapan V-Motion Nissan. Sementara, bahagian belakang pula terdapat lambang IMPUL pada tailgate selain padanan kemasan krom.
Serena J IMPUL menggunakan rim aloi Y IMPUL Millenium bersaiz 18-inci yang dibalut bersama tayar Goodyear Eagle F1 Sport dengan reka bentuk Eagle Claw dan teknologi ActiveControl. Kuasa membrek juga lebih berkesan melalui teknologi DynamicBraking.
Menjengah ke dalam kabin, ia mendapat sentuhan ubah suai daripada IMPUL premium seperti tempat duduk, kemasan pintu dilapisi kulit Nappa serta sulaman logo IMPUL.
Perincian lain termasuklah pintu gelangsar bebas tangan, tujuh port pengecasan USB, tirai suria, serta pintu tailgate dengan dua bukaan berasingan.
Dari segi kuasa, ia dikuasakan oleh enjin MR20DD 2.0 liter CVTC, menghamburkan kuasa 150hp dan 200Nm tork. Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi CVT X-Tronic.
Untuk rekod, ia menawarkan penjimatan bahan api luar biasa sebanyak 14.2km/l, iaitu bersamaan 852km pada tangki penuh bahan api.
Model baharu ini dilengkapi Nissan Intelligent Mobility, merangkumi:
- Nissan Intelligent Mobility 360° Safety Shield
- Intelligent Predictive Forward Collision Warning
- Intelligent Forward Emergency Braking
- Blind Spot Warning
- Lane Departure Warning
- Intelligent Around View Monitor (360° cameras)
- Moving Object Detection
- Rear Cross Traffic Alert
- Intelligent Driver Alertness
Bagi Nissan Serena S-Hybrid yang dikemas kini, turut dimuatkan ialah enam beg udara, Vehicle Dynamic Control with Traction Control System, ABS with Electronic Brake-Force Distribution and Brake Assist, pelekap tempat duduk kanak-kanak ISOFIX dan Hill Start Assist.
Untuk harga, Nissan Serena J IMPUL serba baharu dijual pada harga RM169,888. Semua aksesori IMPUL dipasang di kilang didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
- BACA: JUALAN NISSAN DI MALAYSIA MERUDUM, PELANCARAN SUV KOMPAK KICKS DITANGGUH?
- BACA: NISSAN RC90K, PEMEGANG REKOD PUSINGAN LE MANS TERHEBAT UNTUK DIJUAL
- BACA: KENDERAAN ELEKTRIK DI MALAYSIA: APA YANG PERLU ANDA TAHU?
- BACA: NISSAN LEAF 2023 FACELIFT. BERMULA RM168K, JARAK GERAK 311KM. PROGRAM LANGGANAN 3 TAHUN, CUMA RM1.8K SEBULAN