Buletin

JUALAN NISSAN DI MALAYSIA MERUDUM, PELANCARAN SUV KOMPAK KICKS DITANGGUH?

Pada Februari lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mendedahkan Nissan Kicks melalui tayangan video di Youtube. Namun, pada penghujung tahun 2022, ETCM memberi bayangan tidak akan melancarkan kenderaan baharu dalam masa terdekat sehingga tahun 2023.

Melalui tayangan video tersebut, Nissan Kicks hadir dengan trenkuasa e-Power yang terdiri daripada motor elektrik EM57 berkuasa 127hp dan tork 260Nm.

Enjin 1.2 liter HR12DE akan bertindak sebagai unit penjana kuasa terus kepada motor elektrik serta bateri 1.57 Wh. Sama seperti Honda City hibrid, sistem ini tidak memerlukan transmisi melainkan satu gear tunggal sahaja.

Walau bagaimanapun, pengendali jenama Nissan di Malaysia itu kini dilapor berhadapan situasi sukar apabila jualan menurun pada separuh kedua tahun 2022, selepas pengenalan Nissan Navara baharu pada April.

Perkembangan itu dilihat memaksa pelancaran SUV segmen B, Nissan Kicks yang sememangnya ditunggu ramai terpaksa ditunda.

Menurut laporan RHB Investment Bank baru-baru ini, meskipun dilanda pelbagai cabaran, ETCM masih mampu mengaut sedikit keuntungan.

Selain jualan jatuh sebanyak 10 peratus untuk suku-ke-suku, antara faktor lain ETCM dijangka tidak melancarkan Nissan Kicks pada tahun hadapan adalah faktor nilai tukaran Ringgit ke US Dollar.

Nilai tukaran matawang itu meningkat sehingga 6 peratus pada suku ketiga, sekali gus memberi tekanan dari segi kos kepada Tan Chong Motor.

Meskipun pembukaan semula China akan meredakan isu rantaian bekalan, namun ETCM masih belum memberi bayangan untuk sebarang pelancaran kenderaan baharu.

Pada September dan Oktober 2022, Tan Chong Motor hanya mencatat jualan sekitar 1,000 unit model Nissan serta Renault.  Sebagai perbandingan, ia jauh berbeza berbanding purata bulanan tahun 2019 yang mencatat jualan sebanyak 1,900 unit. – Wapcar

Google ads
Back to top button